Liverpool mencatatkan kemenangan kedua dalam kempen Liga Juara-Juara Eropah (UCL) 2022/23 apabila menundukkan wakil dari Scotland, Rangers 2-0 pada aksi yang berlangsung di Anfield, sebentar tadi.

Kemenangan itu meletakkan The Reds ditangga kedua dengan enam mata, ketinggalan tiga mata dibelakang pendahulu kumpulan A, Napoli yang mudah membelasah Ajax 5-1.

Tidak begitu konsisten dalam saingan domestik, Liverpool dilihat cukup garang sebaik sahaja wisel permulaan ditiup pengadil dari Perancis, Clement Turpin.

Skuad kendalian Jurgen Klopp itu tidak memberikan ruang buat pasukan pelawat untuk mengawal bola dengan lama dan terus melancarkan serangan berbahaya seawal minit ketiga menerusi Darwin Nunez.

Percubaan pemain skuad kebangsaan Uruguay itu bagaimanapun berjaya dinafikan Allan MacGregor lalu Ben Davies mengeluarkan bola daripada kawasan berbahaya bagi menyelamatkan keadaan.

Penyokong tuan rumah melonjak kegembiraan berselang empat minit kemudian apabila sepakan percuma yang diambil Trent Alexander-Arnold terus menerjah gawang Rangers bagi meletakkan Liverpool dihadapan.

Jaringan tersebut jelas meningkatkan lagi moral barisan pemain The Reds untuk terus memporak-perandakan jentera pertahanan Rangers.

Bagaimanapun, tiga peluang terbaik dimiliki Darwin Nunez dan masing-masing satu daripada Mohamed Salah dan Luis Diaz sebelum tamat aksi babak pertama digagalkan susulan aksi tangkas yang dipamerkan MacGregor.

Memasuki minit ke-53, Salah menambah gol kedua buat Liverpool selepas beliau dengan tenang menyempurnakan sepakan penalti yang diberikan setelah kekasaran dilakukan Leon King terhadap Luis Diaz.

Kesilapan hantaran di kawasan sendiri oleh Malik Tillman hampir dihukum Diogo Jota pada minit ke-59, namun rembatan padu kelahiran Portugal itu ditepis keluar MacGregor.

Rangers hampir merapatkan jurang pada minit ke-85 menerusi pemain gantian, Rabbi Matondo tetapi Konstantinos Tsimikas cemerlang untuk menyelamatkan bola di atas garisan ketika Alisson Becker sudah pun tertewas.

Kedudukan 2-0 itu kekal hingga tamat permainan untuk mengesahkan kemenangan b