Liverpool turun menjamu kunjungan musuh tradisi, Manchester United ataupun Setan Merah di Anfield.

Liverpool mendominasi awal permainan. Namun tidak dapat menghadirkan ancaman.

Antony terlebih dahulu melakukan rembatan awal yang ditepis Alisson.

Liverpool kemudian hadir dengan beberapa percubaan bahaya menerusi Darwin Nunez. Dua kali dia mendapat peluang tetapi gagal disudahkan.

Manchester United mendapat peluang keemasan 2 kali selepas itu, walaupun mereka sangat terhad penguasaan bola.

Bruno Fernandes melakukan tandukan terbang yang hanya sedikit tersasar pada minit ke-26.

Seminit kemudian Rashford memiliki peluang terbaik apabila menerima hantaran di hadapan Alisson namun gagal menolak masuk atau melakukan kawalan yang lebih baik.

Pada minit ke-42, penyokong pelawat girang meraikan gol tandukan Casemiro.

Ketika Klopp risau dengan beberapa siri kelonggaran mereka di barisan pertahanan, Cody Gakpo memberikan kelegaan buat The Reds menerusi jaringan pendahuluan lewat separuh masa pertama.

Pada separuh masa kedua, Liverpool menambah gol lagi menerusi Darwin Nunez dengan gol pada minit ke-47.  Ianya kesilapan daripada Casemiro dan rakannya yang dengan mudah terlepas bola.

Harvey Elliot menggunakan kesempatan yang ada untuk mencipta hantaran yang tepat disudahkan Nunez.

https://twitter.com/ESPNFC/status/1632434916032913413

Cody Gakpo menamkah gol ketiga untuk Liverpool pada minit ke-50, menerusi assist Mohamed Salah.

Kerja keras Mohamed Salah terbalas jua. Apabila dia menjaringkan gol keempat pasukannya pada minit ke-66 menerusi satu rembatan kaki kanan yang deras.

Manchester United kemudian memasukan Sabitzer dan Malacia untuk mengekang kerosakan daripada memburuk.

Namun masih gagal menghentikan pesta gol Liverpool.

Penyerang Uruguay, Darwin Nunez mendapat gol kedua peribadinya pada minit ke-75 untuk menjadikan kedudukan 5-0. Terima kasih kepada hantaran Mo Salah.

Jurgen Klopp memasukkan beberapa pemain cergas, temasuk Diogo Jota dan Roberto Firmino.

Firmino kemudian memberikan assist kepada Mohamed Salah untuk gol keenam Liverpool pada minit ke-83.

Menjadikan Mo Salah sebagai penjaring liga terbanyak untuk Liverpool di dalam sejarah.

Kemudian legenda hidup Liverpool, Firmino, dia sendiri menjaringkan gol ketujuh pasukannya pada minit ke-88.

Menjadikan ianya malam istimewa buat Firmino yang disahkan akan meninggalkan Anfield selepas kontraknya berakhir musim ini.

Tamat perlawanan, Liverpool 7 Man United 0 dan ianya kekalahan yang sangat besar ditelan Setan Merah di Anfield.