Mohamed Salah menjadi wira kemenangan Liverpool dalam aksi menentang pasukan seteru utama mereka dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Manchester City.

Liverpool mendapat sedikit motivasi daripada kemenangan besar ke atas Rangers dalam aksi Liga Juara Juara Eropah sebelum ini.

Liverpool menamatkan permulaan tanpa kalah Manchester City pada musim ini apabila jaringan Mohamed Salah 14 minit sebelum tamat perlawanan membuatkan Anfield gegak gempita.

Alisson yang memenangi bola daripada sepakan percuma Man City terus melakukan hantaran jauh kepaa Mohamed Salah.

Pemain antarabangsa Mesir itu sebelum itu terlepas peluang untuk menjaringkan gol dalam situasi 1 lawan 1. Namun kali ini dia tidak melakukan kesilapan.

Anak buah Jurgen Klopp masih ketinggalan 10 mata di belakang City dan 14 di belakang pendahulu Liga Perdana Inggeris, Arsenal.

Klopp dibuang padang pada fasa akhir permainan kerana dia hilang kawalan dengan pegawai kerana enggan memberi Salah sepakan percuma. Ianya selepas Bernardo Silva berpaut pada Mohamed Salah dengan menarik baju pemain itu.

Tetapi City juga turut marah kepada pengadil Anthony Taylor selepas dia tidak membenarkan serangan Phil Foden pada awal separuh masa kedua selepas semakan VAR.

Pada awalnya, VAR dijangka menyemak sama ada Haaland mengasari Alisson, namun sebenarnya VAR menyemak Haaland yang menarik baju Fabinho.

Rekod Haaland yang menjaringkan gol dalam 10 perlawanan berturut-turut pemain di peringkat kelab berakhir.

Walaupun dalam 45 minit pertama, Haaland kekal sebagai ancaman utama, namun pada separuh masa kedua, Haaland terus bergelut untuk mendapatkan gol.

Mohamed Salah wira kemenangan Liverpool dengan penyudah yang tenang. Dia terus memberitahu dunia bahawa dia masih lagi penyerang elit di EPL.

Prestasi Salah sangat cemerlang dalam tempoh seminggu ini. Dia masuk sebagai pemain gantian dalam aksi UCL pada pertengahan minggu lalu, dan mencetak hatrik dalam perlawanan tersebut.

Walaupun Manchester City menguasai perlawanan, namun Liverpool menjadi pasukan yang memiliki lebih banyak situasi bahaya yang boleh menghasilkan gol.

Darwin Nunez yang agak tamak memiliki beberapa situasi di mana dia boleh melorongkan bola kepada rakannya.

Saksikan rangkuman perlawanan, di mana Mohamed Salah menjadi wira kemenangan Liverpool di sini: