Liverpool hampir pasti terlepas slot UCL untuk musim hadapan selepas keciciran mata di Anfield dalam aksi Liga Perdana Inggeris yang sarat dengan aksi rancak.

Pada kedudukan semasa, Man United dan Newcastle masing masing dengan 69 mata dan kurang 1 perlawanan berbanding Liverpool.

Sementara Liverpool 3 mata di belakang mereka. Dan cuma ada 1 sahaja perlawanan lagi.

Aston Villa berkunjung ke Anfield menentang Liverpool. Kedua dua pasukan dalam usaha untuk layak ke pertandingan Eropah musim hadapan, sama ada UCL atau UEL.

Aston Villa ternyata pasukan yang berbeza sejak diambil alih Unai Emery.

Dan mereka menunjukkan karakter mereka di Anfield dengan aksi yang kental dan kompetitif.

Mereka memberikan saingan yang sengit kepada Liverpool – yang turut dalam prestasi terbaik dalam beberapa perlawanan terakhir.

Liverpool beraksi tanpa Jurgen Klopp di tempat duduk jurulatih kerana digantung 2 perlawanan.

Aston Villa berpeluang di hadapan menerusi sepakan penalti yang diberikan kepada mereka pada minit ke-20.

Namun Ollie Watkins merembat tak masuk.

Hanya beberapa minit kemudian, Aston Villa di hadapan. Jacob Ramsey menebus kegagalan Watkins dengan penyudah sentuhan pertama yang tenang menewaskan Alisson.

Liverpool memberikan respon dengan corak permainan pantas. Kedua dua pasukan bermain sangat terbuka.

Alisson mendepakan badannya untuk menghalang percubaan 1 lawan 1 daripada Villa.

Tyrone Mings melakukan terjahan kaki tinggi ke atas Gakpo pada masa kecederaan. VAR menyemak insiden itu dan tiada kad merah, sekadar kuning.

Separuh masa pertama berakhir dengan Aston Villa di hadapan. Ianya separuh masa pertama yang sangat menghiburkan.

Pada separuh masa kedua, aksi terus sengit antara kedua dua pasukan.

Cody Gakpo berjaya menyamakan kedudukan untuk Liverpool. Namun VAR membatalkan gol itu kerana ofsaid.

Liverpool memasukkan legenda kelab, Roberto Firmino. Yang akan beraksi kali terakhir di Anfield.

Dan dia berjaya menyamakan kedudukan untuk Liverpool.

Tamat perlawanan Liverpool 1 Aston Villa 1.

Impian Liverpool meraih slot UCL musim hadapan sudah boleh dikatakan berakhir.

Ini kerana Man United hanya memerlukan 1 mata sahaja untuk mengesahkan kemaraan mereka.