Skuad bimbingan Jurgen Klopp kini sudah meraih 92 mata dalam saingan Liga Perdana Inggeris. The Red terus terbang tinggi di dalam Liga Perdana Inggeris musim ini.

Ini selepas kemenangan 3-1 Liverpool ke atas Brighton pada awal pagi tadi.

Liverpool mendahului pasukan tuan rumah dengan dua gol awal menerusi Mohamed Salah dan Jordan Henderson.

Namun selepas gol itu pasukan tuan rumah ternyata menggandakan usaha dan menyerang Liverpool bertali arus.

Jurgen Klopp beberapa kali dilihat menggelengkan kepala di tepi padang. Liverpool bergelut dengan intensiti yang dikenakan oleh Brighton.

Namun begitu  padamasa kecederaan separuh masa pertama Brighton akhirnya merapatkan jurang gol menerusi jaringan deras Trossard hasil hantaran Tariq Lamptey.

Pada separuh masa kedua Brighton beberapa kali memiliki peluang gol. Malang sekali tidak disudahkan.

Liverpool pula melakukan beberapa siri serangan dan dihampakan oleh penyudah yang tak berkesan.

Jordan Henderson dua kali menyaksikan rembatannya dihadang oleh pertahanan lawan.

Liverpool menarik nafas lega apabila Mohamed Salah menambah satu lagi gol pada minit ke-76.

Salah kini sudah terlibat dalam 100 gol liga untuk Liverpool dengan 73 gol dan 27 Assist.

Kejayaan ini meletakkan Liverpool kini hanya 8 mata dibezakan daripada rekod 100 mata semusim dalam Liga Perdana Inggeris oleh Man City sebelum ini.

Baca juga perkembangan lain dari Eropah

Lampard Puji Pulisic Selepas Berjaya Atasi Cabaran Getir Palace

Ternyata Legenda Milan Ini Memperbaiki Kerosakan Di Napoli Sejak Tiba


View