Liverpool meraih kemenangan 5-3 ke atas Chelsea dalam aksi thriller 8 gol di Anfield.

Kemenangan yang memberikan Liverpool mata ke-96 pada hari mereka dikalungkan pingat kejuaraan Liga Pedanan Inggeris.

Sementara kekalahan buat Chelsea menyaksikan aspirasi slot 4 tertas Chelsea dalam bahaya.

Ini berikutan kemenangan yang dicatatkan oleh Man United dalam aksi lebih awal. Chelse kini berada di tangga ke-4 dengan 63 mata.

Dibezakan dengan perbezaan dengan Man United yang berada di tangga ke-3.

Bermain di halaman sendiri, Liverpool terus memulakan perlawanan dengan intensif.

Pada minit ke-23, Liverpool membuka tirai jaringan menerusi Naby Keita yang merembat bola deras dari luar kotak penalti.

Gol kedua Liverpool lebih baik apabila Trent Alexander Arnold melakukan rembatan daripada sepakan percuma pada minit ke-38

Chelsea kemudian sekali lagi bocor pada minit ke-43. Kali ini giliran Gini Wijnaldum yang merembat deras dari dalam kotak penalti.

Chelsea mencuri satu gol sebelum rehat separuj masa pertama menerusi OIivier Giroud.

Pada separuh masa kedua, Chelsea memberikan malam cemas buat Liverpool. Dua pemain gantian iaitu Tammy Abraham dan Christian Pulisic merapatkan kedudukan kepada 4-3.

Chelsea cuba sedaya upaya untuk cuba mencuri mata dari Anfield.

Namun malang sekali, Chelsea dikejutkan dengan serangan balas oleh Liverpool yang disudahkan dengan cantik oleh pemain gantian Alex Oxlade Chamberlain.

Perlawanan berakhir dengan kemenangan 5-3 berpihak kepada Liverpool.

Selepas tamat perlawanan, Liverpool meraikan kejuaraan mereka dengan majlis penyampaian piala dan pingat.

Jordan Henderson mengetuai para pemain Liverpool untuk menjulang piala Liga Perdana Inggeris 2019/20.

Tahniah kepada Liverpool.