Juara EPL musim lalu, Manchester City berdepan dengan juara 2 piala domestik, Liverpool dalam perebutan Perisai Komuniti di Stadium King Power.

Ini juga menandakan bahawa seminggu lagi, musim sebenar bola sepak Inggeris akan bermula.

Erling Haaland segera diberikan tempat dalam kesebelasan utama. Sementara Darwin Nunez diletakkan di bangku simpanan.

Separuh masa pertama

Liverpool memulakan perlawanan dengan lebih dominan. Fabinho melakukan ancaman awal ke gawang Man City diikuti oleh Mohamed Salah.

Namun tidak ada gol dihasilkan oleh Liverpool dalam 10 minit pertama yang sangat baik dan lebih memihak kepada mereka.

Pada minit ke-19, Mohamed Salah melakukan percubaan yang ditepis Ederson. Dan Luis Diaz pula sudah sedikit terlajak untuk menyambar bola susulan.

Walaubagaimanapun, Liverpool di hadapan pada minit ke-21 menerusi Trent Alexander Arnold. Ianya hasil kerjasama berpasukan dan Trent menyempurnakan hantaran Salah yang kemas dan ringkas.

https://twitter.com/Sky5Sports/status/1553416505915752452

Erling Haaland memiliki 2 peluang keemasan pada minit ke-34, namun kedua dua percubaannya berakhir hampa. Percubaan pertama dari jarak dekat diselamatkan Adrian. Dan yang kedua tidak kemas dan mudah ditangkap Adrian.

Adrian sekali lagi membaca kemas tindakan Riyad Mahrez yang cuba menewaskannya dengan bola leret dalam keadaan yang agak sesak di hadapannya dan visinya agak terlindung.

Pengadil kemudian memeriksa VAR untuk insiden Mahrez yang bertembung dengan Thiago Alcantara. Tiada penalti diberikan.

Separuh masa pertama berakhir dengan Liverpool 1 Man City 0.

Separuh masa kedua

Pada separuh masa kedua Manchester City tidak berlengah terus menyerang ke kubu Liverpool. Adrian dipaksa melakukan beberapa saves.

Namun akhirnya bolos jua di tangan pemain baru City, Julian Alvarez pada minit ke-70. Alvarez membuat tindakan susulan jarak dekat. VAR digunakan untuk mengesahkan gol tersebut.

Liverpool kemudian mendapat sepakan penalti. Dan disempurnakan oleh bintang utama mereka, Mohamed Salah pada minit ke-83.

Ketika Manchester City berusaha mencari gol penyamaan sekali lagi, giliran Darwin Nunez menyempurnakan peluangnya untuk menjadikan kedudukan 3-1 pada masa kecederaan 90+4.

Erling Haaland berpeluang menjaringkan gol untuk menghidupkan keajaiban pada minit akhir perlawanan, namun percubaan jarak dekatnya terkena palang.

Liverpool bertahan dengan baik sehingga tamat dan menjulang Perisai Komuniti 2022/23.

Separuh masa kedua

Susunan pasukan:

Liverpool (4-1-2-3) Adrian; Alexander-Arnold, Matip, van Dijk, Robertson; Fabinho; Henderson, Thiago; Salah, Firmino, Diaz.
Substitutes: Davies, Gomez, Konate, Milner, Keita, Jones, Elliott, Nunez, Carvalho.

Manchester City (4-1-2-3) Ederson; Walker, Dias, Ake, Cancelo; Rodri; De Bruyne, Bernardo; Mahrez, Haaland, Grealish.
Substitutes: Ortega Moreno, Phillips, Stones, Gundogan, Alvarez, Foden, Mbete, Palmer, Wilson-Esbrand.