Liverpool dan Chelsea bertemu dalam aksi final Piala Carabao 2021/22. Kedua dua pasukan yang diuruskan oleh pengurus dari Jerman, turun dengan reputasi yang sangat baik.

Separuh masa pertama

Chelsea bagaimanapun terlebih dahulu menaikkan intensiti permainan mereka. Hasilnya Chelsea berjaya mencipta peluang terbaik pada minit ke-6. Namun Pulisic melakukan percubaan yang diselamatkan oleh Kelleher.

Tidak lama selepas itu, Chelsea mencipta satu lagi peluang gol apabila Kai Havertz menghantar bola kepada Mount. Namun pemain antarabangsa England itu berpusing pusing dan melakukan percubaan yang dihadang pada minit ke-16.

Dua minit kemudian, Sadio Mane pula yang seharusnya meletakkan pasukannya di hadapan apabila Trent Alexander Arnold melakukan hantaran cantik dari half space. Malangnya tandukan Mane tersasar.

Pada minit ke-30, Edouard Mendy melakukan double saves. Dia menepis percubaan deras Naby Keita dari luar kotak penalti dan kemudian menerpakan badannya untuk menafikan percubaan jarak dekat Sadio Mane.

Kedua dua pasukan kemudian terus sengit di atas padang. Pada minit ke-41, Cesar Azpilicueta mencuba dari jarak jauh. Tetapi rembatannya agak tinggi.

Separuh masa pertama berakhir dengan tanpa jaringan.

Separuh masa kedua

Bersambung separuh masa kedua, Chelsea tampil lebih kuat sebaik wisel separuh kedua dibunyikan. Kai Havertz melorongkan bola cantik melintasi gawang Liverpool, malangnya Pulisic gagal menyambar bola tersebut.

Pada minit ke-49, Mason Mount sekali lagi memiliki peluang keemasan, mendada kemas bola mengatasi perangkap ofsaid. Tetapi rembatan leret Mount terkena tiang.

9 minit kemudian, Mason Mount mendapat peluang sekali lagi di dalam kotak penalti, tetapi kali ini Kelleher cekap menangkap bola.

Edouard Mendy kemudian melakukan hantaran lemah yang dirampas pemain Liverpool. Sadio Mane melepaskan bola pada masa yang tepat kepada Mo Salah, tetapi pemain antarabangsa Mesir itu gagal memasukkan bola yang dikeluarkan oleh Thiago Silva ketika Salah sudah menewaskan Mendy dengan chip.

Minit ke-75, Luis Diaz menguji Mendy dengan percubaan leret. Tetapi penjaga gol Ivory Coast itu menghadang percubaan Diaz dengan kakinya.

Liverpool mendapat peluang gol sekali lagi pada minit ke-86. Namun Chelsea sekali lagi berjaya mengelakkan daripada dibolosi selepas beberapa siri percubaan dilepaskan dari jarak dekat.

Pada minit ke-89, Edouard Mendy menafikan tandukan deras Virgil Van Dijk.

Pada masa kecederaan 90+4, Lukaku melakukan first time shot yang cantik di hadapan gol. Sekali lagi penjaga gol menafikan percubaan berkualiti daripada penyerang.

Perlawanan masa penuh berakhir 0-0 dan akan berlanjutan ke masa ekstra.

Masa ekstra

Pada masa ekstra, Lukaku akhirnya melakukan percubaan yang menerjah gawang. Namun gol dibatalkan kerana ofsaid. Ianya ofsaid yang sangat sangat tipis.

Pada separuh masa kedua masa ekstra, Kai Havertz turut menyaksikan golnya dibatalkan kerana ofsaid.

Perlawanan berlanjutan ke penentuan penalti.

Penentuan penalti

Milner dan Alonso menyempurnakan tugasan pertama untuk pasukan masing masing.

Fabinho melakukan penalti tenang dan masuk. Lukaku turut tidak melakukan kesilapan untuk tugasan kedua pasukan masing masing masing.

Virgil Van Dijk mara untuk tugasan ketiga Liverpool dan merembat deras lalu masuk walaupun berjaya dibaca Kepa. Kai Havertz turut berjaya membidik tepat penalti – 3-3 selepas 3 penalti pertama.

Trent Alexander Arnold melakukan rembatan deras yang tak mampu digapai Kepa. Reece James yang baru kembali dari kecederaan merembat masuk walaupun dibaca oleh Kelleher.

Mohamed Salah memastikan 5 penalti pertama Liverpool masuk. Pakar penalti Chelsea, Jorginho pula tampil dan seperti biasa, melakukan penalti tenang dan masuk. 5-5 selepas 5 sepakan.

Kini pertarungan masuk ke sudden death.

Diogo Jota berjaya menewaskan Kepa. Rudiger juga tiada masalah melakukan penalti berkualiti dan masuk.

Divock Origi dan Kante memastikan kedudukan 7-7.

Werner berjaya menyamakan penalti Robertson walaupun dibaca Kelleher.

Elliot da Thiago Silva juga masing masing berjaya mengatasi detik gemuruh dengan gol untuk kedudukan 9-9.

Konate dan Chalobah menjadikan kedudukan 10-10.

Kelleher berjaya menyempurnakan penalti ala striker. Namun Kepa yang dibawa masuk untuk menjadi wira penalti telah melambungkan bola.

Liverpool Juara dengan kemenangan 11-10 dalam penentuan penalti!