Liverpool dikritik hebat kerana tindakan mereka memanipulasi skim bantuan kerajaan ketika covid-19.

Untuk sebuah kelab kaya raya seperti Liverpool, adalah tidak sepatutnya mereka mengambil keputusan yang menimbulkan kemarahan – malah di kalangan penyokong Liverpool sendiri.

Jamier Carragher antara yang terawal mengkritik Liverpool kerana memaksa staf tidak bermain bola sepak  (non playing) mereka mengambil cuti bertugas buat sementara.

Ini untuk membolehkan staf tersebut dibayar gaji 80% oleh kerajaan UK.

Liverpool sudah mengumumkan bahawa semua staf meeka akan menerima bayaran 100%. Ini bermakan Liverpool membayar hanya 20% daripada gaji staf mereka.

Keadaan itu mendapat perhatian ramai pihak yang terus menyelar tindakan Liverpool. Ini kerana wang yang digunakan kerajaan untuk membayar skim itu pastinya hasil daripada cukai ataupun bahasa seharian kita, wang rakyat.

Seorang koresponden dari Goal menyatakan: “Dua finalis Liga Juara-Juara Eropah musim lalu, dengan keuntungan terkumpul di antara mereka sekitar £129 untuk musim 2018/19 – sekarang menggunakan skim kerajaan untuk membayar 80% daripada gaji staf mereka untuk 4 minggu tempoh penguncian. Ini tindakan yang tak boleh dipertahankan langsung.”

Sebelum ini Spurs antara pasukan besar yang mengambil keputusan untuk menggunakan skim tersebut.

Skim bantuan tersebut sebenarnya sudah lama wujud di UK. Ianya untuk membantu perusahaan kecil yang tidak mampu membayar gaji pekerja mereka kerana masalah kewangan.

Namun untuk sebuah kelab yang beraksi dalam liga paling mewah di dunia, perkara itu sangat tidak masuk akal.

Kenyataan Carragher itu mendapat sokong daripada ramai penyokong Liverpool sendiri.

Mereka menganggap ini sesuatu yang tidak boleh diterima. Kolumnis Ste Carson dari Empire Of The Kops menegaskan bahawa penyokong Liverpool berada di belakang Carragher dalam hal ini.

Malah Twitter Liverpool dibanjiri dengan kecaman termasuk daripada penyokong sendiri.

Ramai peminat bola sepak di UK menyatakan mereka ada hak untuk bersuara kerana wang itu daripada cukai mereka.

Lebih menyedihkan apabila Liverpool sebuah pasukan yang dimiliki oleh pemilik dari Amerika Syarikat, menggunakan wang rakyat di UK untuk membantu membayar gaji staf mereka.