Pemain naturalisasi negara, Liridon Krasniqi bakal beraksi dalam saingan Thai League 1 apabila diumumkan sebagai pemain baharu Khon Kaen United. Seperti biasa, beliau menyertai kelab tersebut secara pinjaman daripada Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi mengisi kuota pemain import ASEAN.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Khon Kaen United yang dikendalikan oleh jurulatih dari Brazil, Carlos Eduardo Parreira menghuni kedudukan 10 daripada 16 pasukan yang bertanding dalam saingan Thai League 1 pada musim lepas.

Pengalaman luas dimiliki oleh Liridon menjadi taruhan Khon Kaen United untuk memperkuatkan jentera tengah bagi menghadapi musim baharu yang lebih sengit.

Pemain berusia 30 tahun itu meninggalkan kelab Liga Super India, Odisha FC setelah tempoh pinjamannya tamat pada 30 Jun lalu. Malah, bekas pemain Kedah itu turut diiktiraf sebagai ‘Raja Gelecek’ Liga Super India (ISL) untuk musim 2021/22.

Berdasarkan statistik yang dikongsi oleh ISL pada 24 Februari lalu, Liridon memiliki purata 91.67% kejayaan melepasi lawan hasil skil individunya itu.

Selain itu, beliau turut digelar sebagai ‘The General’ di kalangan pengikut ISL dimana beliau membuat 16 penampilan secara keseluruhan untuk kelab yang berpengkalan di Bhubaneswar sepanjang musim lepas.

Sebelum ini Liridon telah dipinjamkan ke Newcastle Jets selama enam bulan dan sempat merasai pengalaman beraksi sembilan perlawanan dalam kancah Liga Australia (A-League).

Sejak beraksi di luar negara, Liridon sempat beraksi bersama skuad kebangsaan dibawah kendalian Kim Pan-gon ketika Malaysia menghadapi tiga perlawanan persahabatan antarabangsa di Singapura dengan menentang tuan rumah selain Filipina dan Albirex Niigata Singapore dimana beliau menjaringkan dua gol.

Bagaimanapun, nama beliau digugurkan daripada senarai akhir 23 pemain untuk menghadapi kempen Kelayakan Piala Asia 2023 bulan lalu.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia melalui pautan dibawah.

Aksi Liga Super 2022 Kini Boleh Ditonton Melalui Saluran TV9

RASMI: Selangor Umum Nidzam Jamil Sebagai Ketua Jurulatih Sementara

Piala FA 2022: Rahadiazli Bawa Terengganu Mara Ke Final Jumpa JDT

Piala FA 2022: JDT Mara Ke Final Selepas ‘Tibai’ Penang 6-1

Gol Jarak Jauh Sean Selvaraj Tarik Perhatian Media Antarabangsa

Liga Super 2022: Amri Yahyah Wira Kebangkitan Sabah Atasi Melaka