Pemain naturalisasi negara, Liridon Krasniqi sekali disenaraikan dalam skuad “Matchday” Newcastle Jets untuk perlawanan A-League menentang Perth Glory pada pukul 6.30 petang waktu Malaysia esok.

Ini merupakan penampilan ketiga beliau dan dijangka akan berada dalam kesebelasan utama bagi memperkuatkan jentera tengah.

Ketika perlawanan menentang Adelaide United minggu lepas, Liridon beraksi selama 45 minit dan hampir menjaringkan gol pertamanya. Pengendali pasukan, Craig Deans mahu pemain kelahiran Kosovo itu diberi lebih banyak minit permainan setelah melihat impak Liridon yang banyak membantu mengubah corak permainan pasukan.

“Ini merupakan peluang terbaik untuk semua pemain yang dibawa masuk mempamerkan prestasi cemerlang dan mereka kena tunjuk kepada saya kenapa mereka layak berada di sini dari awal,” kata Deans dalam laman web rasmi Newcastle Jets.

Newcastle Jets juga akan beraksi tanpa kelibat kapten, Nigel Boogard yang digantung satu perlawanan manakala seorang lagi tonggak utama, Johnny Kourtroumbis terpaksa disisihkan selama 4 hingga 6 minggu kerana mengalami kecederaan MCL.

Selepas 13 perlawanan diharungi, Newcastle Jets kini berada di kedudukan kedua tercorot dengan 11 mata

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liridon Krasniqi melalui pautan dibawah.  

Penyokong Newcastle Jets Mahu Liridon Krasniqi Diberi Banyak Minit Permainan

Liridon Krasniqi Lakukan Debut Bersama Newcastle Jets Dalam Saingan A-League Musim 2021

Liridon Krasniqi Jalani Sesi Latihan Berkumpulan