Pemain naturalisasi negara, Liridon Krasniqi mengungkapkan kesedihan beliau apabila tidak tersenarai dalam skuad akhie bagi beraksi dalam saingan kelayakan Piala Asia 2023 yang akan bermula pada 8 Jun ini.

Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon baru-baru menyenaraikan 23 pemain yang akan membawa cabaran pasukan negara dan Liridon menjadi salah seorang pemain yang tidak disenaraikan.

Menerusi laman media sosial Instagram Story miliknya, Liridon memuatnaik gambar Stadium Nasional Bukit Jalil dari bahagian luar disertakan dengan emoji sedih, sejurus selepas Pan-gon mengeluarkan senarai akhir.

Pemain berusia 30 tahun itu sebelum ini menerima kritikan hebat dari ramai pihak khususnya peminat bola sepak tanah air selepas menampilkan prestasi kurang memberangsangkan ketika dua perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Brunei dan Hong Kong.

Liridon Krasniqi
Sumber Gambar: Instagram Liridon Krasniqi

Liridon Krasniqi digugurkan bersama penjaga gol Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi, Afiq Fazail, Kogileswaran Raj, Shahrul Nizam Ros Hasni, Norshahrul Idlan Talaha serta Syahmi Safari.

Syahmi terdahulu telah dilepaskan daripada kem latihan pusat pada 31 Mei lalu kerana masalah kesihatan sekaligus tidak cergas untuk beraksi bersama pasukan negara.

Turut terpilih dalam senarai akhir 23 pemain itu ialah seorang lagi penyerang naturalisasi, Guilherme De Paula. Pemain ini menjaringkan satu gol ketika aksi persahabatan menentang Brunei dan difahamkan telah berjaya memikat Kim Pan-gon dalam aksi persahabatan tertutup menentang Negeri Sembilan baru-baru ini.

Seorang lagi pemain naturalisasi, Mohamadou Sumareh turut tersenarai dalam skuad akhir meskipun beliau tidak menampilkan prestasi terbaik ketika dua aksi persahabatan yang dihadapi sebelum ini.

Liridon Krasniqi
Sumber Gambar: FAM

Seramai 30 pemain telah menyertai kem latihan pusat sejak 20 Mei lalu. Pemain yang tidak terpilih ini tetap akan berada dalam senarai bersedia sekiranya terdapat penggantian pemain perlu dilakukan.

Harimau Malaya dijadualkan bertemu Turkmenistan (8 Jun 2022), Bahrain (11 Jun 2022) dan Bangladesh (14 Jun 2022), kesemuanya di Stadium Nasional, Bukit Jalil. Hanya juara kumpulan dan naib juara terbaik akan layak secara automatik ke Piala Asia 2023.

Baca artikel lain mengenai perkembangan pasukan kebangsaan di sini:

De Paula Terpilih, Liridon Digugurkan Daripada Senarai Akhir 23 Pemain Ke Kelayakan Piala Asia 2023

Mukhairi Ajmal: Lupakan Kekalahan, Fokus Aksi Berdepan Thailand

Kim Pan-gon Pening Pilih 23 Pemain Terbaik Untuk Kelayakan Piala Asia 2023