Pemain naturalisasi negara, Liridon Krasniqi semalam mengesahkan beliau kini bukan lagi pemain Newcastle Jets apabila tempoh pinjaman bersama kelab Australia itu sudah tamat pada 30 Jun 2021.

Liridon menyertai kelab itu dari JDT pada 5 Februari lalu bersama seorang lagi pemain dari Indonesia, Syahrian Abimanyu. Bagaimanapun, bekas pemain Kedah itu mempunyai lebih banyak minit permainan bersama Newcastle Jets berbanding Abimanyu.

mat donn
INSTAGRAM LIRIDON KRASNIQI

Penyokong Newcastle Jets turut memuji aksi Liridon walaupun diturunkan pada minit terakhir perlawanan. Malah, mereka juga menuntut jurulatih pasukan menurunkan Liridon dalam kesebelasan utama namun pemain kelahiran Kosovo itu kerap diletakkan sebagai ‘super sub’.

Walaupun keputusan perlawanan tidak berpihak kepada Newcastle Jets, penampilan Liridon itu adalah lebih utama untuk beliau mengutip pengalaman serta membina keyakinan untuk cuba beraksi dengan lebih baik.

Abimanyu
Liridon krasniqi

Selepas ini, beliau akan terus beraksi di luar negara apabila pemilik JDT, DYAM Tunku Ismail (TMJ) mengesahkan Liridon akan dipinjamkan ke kelab Liga Thailand.

Perkembangan ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam yang memetik kenyataan dari TMJ dalam satu temu bual Nindian Bola pada bulan Jun lepas.

Namun begitu, TMJ tidak dedahkan kelab mana yang akan disertai oleh Liridon Krasniqi dan kemungkinan kelab tersebut beraksi dalam saingan Thai League 1. Selain Liridon, dua lagi pemain Malaysia turut beraksi di sana iaitu Junior Eldstal (Chonburi FC) dan Dominic Tan (Police Tero).

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liridon Krasniqi yang pernah dilaporkan oleh Vocket FC sebelum ini. 

Liridon Krasniqi Lakukan Debut Bersama Newcastle Jets Dalam Saingan A-League Musim 2021

Penyokong Newcastle Jets Mahu Liridon Krasniqi Diberi Banyak Minit Permainan

Liridon Krasniqi Sekali Lagi Disenaraikan Dalam “Matchday Squad” Hadapi Perth Glory Esok