Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) sebentar tadi telah mengumumkan kemasukan pemain baharu dari Kosovo iaitu Liridon Krasniqi bagi memperkuatkan jentera tengah dalam saingan Liga Malaysia musim depan.

Pemain yang berusia 27 tahun itu bagaimanapun akan daftarkan sebagai pemain tempatan atas tiket naturalisasi setelah proses dokumentasi untuk menjadi warganegara Malaysia selesai pada Januari depan.

79755928_1538563446306949_6682504891035811840_o
FOTO: JST

Nama Liridon sememangnya tidak asing lagi dalam kalangan peminat bola sepak tempatan selepas empat musim bersama Kedah dari 2015 hingga 2018 selain berjaya membantu Helang Merah meraih beberapa kejayaan termasuk menjulang Piala Malaysia 2016 dan Piala FA 2017.

Kemudian beliau menyertai Melaka United pada musim 2019 dan hanya sempat beraksi bersama skuad Hang Tuah itu sehingga bulan Mac kerana mengalami kecederaan.

Liridon Krasniqi juga berpeluang menyarung jersi Harimau Malaya dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada tahun depan jika mendapat panggilan rasmi daripada Tan Cheng Hoe.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan Liga Malaysia untuk musim 2020 melalui pautan dibawah. 

Liga Malaysia 2020: Kurniawan Dwi Yulianto Sah Jurulatih Baharu Sabah

Satiananthan Nafi Selangor Cuba ‘Sailang’ Khidmat Mohamadou Sumareh Daripada Pahang

Paulo Josue Tandatangani Kontrak Lanjutan Bersama The City Boys