Pemain naturalisasi negara, Liridon Krasniqi mula menjalani latihan bersama rakan sepasukan beliau di kelab Liga Super India, Odisha FC.

Perkara ini dikongsikan oleh Odisha menerusi laman media sosial rasmi pasukan dimana Liridon menyertai sesi latihan setelah tiba di India dua hari lalu.

Liridon menyertai Odisha secara pinjaman setelah beraksi bersama kelab Australia, Newcastle Jets juga secar pinjaman selama enam bulan dari Johor Darul Ta’zim (JDT) bersama seorang lagi pemain iaitu Syahrian Abimanyu.

Pemain berusia 29 tahun itu beraksi dalam beberapa perlawanan namun perkara itu belum cukup untuk meyakinkan staf kejurulatihan Newcastle bagi mengekalkan beliau.

Dalam saingan Liga Super India musim lalu, Odisha FC menamatkan saingan di tangga tercorot dan kelab itu mempunyai misi untuk tidak mengulangi pencapaian musim lalu.

Liridon dilihat boleh memainkan peranan besar khususnya di bahagian tengah ekoran mempunyai pengalaman luas beraksi di Asia dan Eropah.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Asia di sini:

Shahrul Nizam Gagal Lapor Diri Kerana Turun Ke Laut

Sharul Nazeem Cedera, Shahrul Nizam Pula Gagal Lapor Diri, FAM Bawa 22 Pemain Ke Jordan

Piala Dunia Dwitahunan Beri Impak Besar Kepada Industri Bola Sepak Global, Luaskan Peluang Negara Anggota Layak