Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pemain naturalisasi negara, Liridon Krasniqi mula menjalani latihan bersama kelab baharunya, Newcastle Jets setelah menamatkan tempoh kuarantin dan tiba di Newcastle enam hari lalu.

Liridon dilihat mula menjalani latihan secara individu sebagai persediaan sebelum menyertai rakan sepasukan yang lain dalam sesi latihan kumpulan besar.

Ketibaan Liridon nyata disambut dengan baik oleh rata-rata peminat Newcastle dimana mereka tidak sabar untuk melihat aksi liridon bersama pasukan yang ketika ini menduduki tangga keenam dalam carta A-League musim ini.

Saingan Liga Australia masih mempunyai baki perlawanan yang mencukupi bagi Liridon untuk menampilkan prestasi beliau sekaligus membantu Newcastle memperbaiki kedudukan dalam carta dan mencabar bagi merebut kejuaraan musim ini.

Seorang lagi pemain pinjaman dari JDT, Syahrian Abimanyu juga sudah mula menjalani sesi latihan dan kedua-dua pemain ini berpeluang untuk membuat penampilan pertama pada perlawanan liga akan datang.

Newcastle Jets akan turun berdepan Wellington Phoenix di laman sendiri pada 28 Februari ini.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liridon Krasniqi di sini:

Liridon Krasniqi Tidak Sabar Untuk Sertai Sesi Latihan Newcastle Jets

RASMI: Pemain Naturalisasi Malaysia, Liridon Krasniqi Sah Sertai Newcastle Jets

TMJ Dikatakan Akan Pinjamkan Liridon Krasniqi Dan Syahrian Abimanyu Ke Kelab Australia – Newcastle Jets

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group