Pemain naturalisasi, Liridon Krasniqi menjadi pemain Malaysia yang pertama beraksi di Liga Super India (ISL) apabila membuat penampilan sulung bersama kelabnya, Odisha FC ketika menentang Bengaluru semalam.

Pemain yang berusia 29 tahun itu diturunkan pada minit ke 64 bagi menggantikan tempat penyerang import dari Brazil, Jonathas de Jesus.

Ketika itu, Odisha sedang mendahului 2-1 hasil jaringan daripada Javi Hernandez namun kemasukan Liridon banyak membantu jentera serangan sehingga pasukan itu berjaya menambah satu lagi gol pada minit akhir perlawanan menerusi Aridai Cabrera.

Liridon merekodkan kadar kejayaan hantaran tepat sebanyak 93%, melakukan 22 sentuhan, memenangi enam rampasan bola serta dua perebutan bola di udara. Debut yang baik daripada bekas pemain tengah Kedah dan Melaka United itu.

Kemenangan 3-1 menyaksikan Odisha kini berada di kedudukan tiga teratas Liga selepas perlawanan pertama musim ini. Mereka dijadualkan menentang juara Liga India 3 kali, East Bengal pada 30 November ini.

Walaupun hanya sempat beraksi selama 26 minit, aksi perlawanan pertama itu nampaknya sudah dilihat amat baik baginya untuk berada dalam padang lebih lama dalam perlawanan seterusnya atau mungkin berada dalam senarai kesebelasan utama nanti.

Minit permainan yang banyak akan membantu menambahkan keyakinannya sekaligus dipanggil menyertai skuad Harimau Malaya untuk kempen kelayakan Piala Asia 2023 nanti.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liridon Krasniqi melalui pautan dibawah.

Kelab Odisha FC Dedahkan Kasut Liridon Krasniqi Yang Penuh Bergaya

Liridon Krasniqi Sah Tamat Kontrak Pinjaman Dengan Newcastle Jets

Penyokong Newcastle Jets Berang Liridon Tidak Diturunkan Dalam Kesebelasan Utama