Pemain naturalisasi terbaru Malaysia, Liridon Krasniqi dijangka mempunyai peluang untuk diturunkan dalam perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, berdepan UAE pada 31 Mac 2020.

Menurut Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata pihaknya kini sedang berusaha untuk memastikan pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT) itu boleh didaftarkan sebelum tarikh akhir pendaftaran pemain pada 20 Mac depan.

Pemain yang berusia 28 tahun itu akan melengkapkan tempoh 5 tahun beraksi di Malaysia pada 25 Mac 2020, sebelum dibenarkan beraksi dengan skuad kebangsaan menurut peraturan FIFA seperti yang dilaporkan oleh BERNAMA.

“Setelah kita buat penyelidikan dan perbincangan, kita rasa tiada halangan untuk Liridon mewakili Malaysia dalam masa terdekat. Berdasarkan pengiraan tempoh lima tahun, kita yakin beliau boleh didaftarkan dalam pasukan kebangsaan, sebelum perlawanan menentang UAE.

Liridon Krasniqi
Sumber Gambar: FAM

“Kita hanya perlu tunggu pengesahan daripada FIFA dalam seminggu dua ini, kerana mereka mungkin mempunyai kaedah pengiraan tertentu. Sekiranya semua dokumentasi dan ketetapan pengiraan kita buat itu betul, Liridon akan bersama pasukan kebangsaan,” katanya kepada pemberita di Wisma FAM di Kelana Jaya di sini, hari ini.

Skuad bimbingan Tan Cheng Hoe akan berdepan pasukan UAE di Stadium Al Maktoum, Dubai pada 26 Mac 2020 dan tarikh itu adalah sehari selepas genap 5 tahun Liridon Krasniqi beraksi di Malaysia.

Seperti yang pernah VocketFC laporkan sebelum ini, skuad UAE juga turut mengambil beberapa pemain naturalisasi untuk skuad kebangsaan mereka seperti Sebastian Lucas Taglibue (Argentina), Caio Caneda Correa (Brazil) dan Fabio Virginio de Lima, kedua-duanya dari Brazil.

Foto: FAM
Foto: FAM

“Dia (Liridon) tanya saya bila panggilan ke skuad kebangsaan, itu adalah soalan pertama bila jumpa saya hari ini dan itu menunjukkan keghairahan beliau untuk menyarung jersi pasukan kebangsaan,” jelas Stuart.

Pada masa sama, Stuart berkata proses naturalisasi penyerang Perak Guilherme De Paula, yang turut berada di dalam radar FAM, akan diketahui dalam tempoh terdekat.

“Permohonan De Paula memerlukan sedikit masa lagi kerana ada beberapa perkara lagi untuk diselesaikan, bagi memastikan kita memenuhi segala ketetapan FIFA. Saya harap ia dapat diselesaikan dalam satu hingga dua minggu lagi, bagi memastikan De Paula dapat menyarungi jersi kebangsaan,” katanya.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Liridon Krasniqi Sah Menjadi Warganegara Malaysia

Nguyen Quang Hai Akui Malaysia Bukan Lawan Mudah, Tetapi Thailand Paling Bermasalah Untuk Vietnam

Kawin Thamsatchanan Dirisik Kelab J1 League, Hokkaido Consadole Sapporo Untuk Mengisi Posisi Penjaga Gol

Sumber