Bintang dunia, Lionel Messi optimis Paris Saint-Germain (PSG) mampu untuk merealisasikan impian dalam menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) 2021/22.

Selepas menjadi raja dalam saingan bola sepak domestik, PSG masih belum mampu menakluki pentas Eropah meskipun sudah berbelanja besar dalam mendapatkan para pemain berkelas dunia untuk menyertai kelab tersebut.

Peluang keemasan buat Les Parisiens adalah pada musim 2020/21 sewaktu di bawah kendalian Thomas Tuchel tetapi dihampakan oleh Bayern Munich hasil jaringan tunggal bekas produk keluaran mereka sendiri, Kingsley Coman pada aksi final.

Musim ini, peluang buat PSG tampak berada di landasan yang tepat selepas anak buah Mauricio Pochettino itu memiliki sedikit kelebihan selepas berjaya menundukkan Real Madrid 1-0 pada aksi pertama pusingan 16.

“Ia sangat sulit untuk memenangi Liga Juara-Juara Eropah. Sangat rumit, kerana ia merupakan satu pertandingan yang menampilkan bersama pasukan-pasukan terbaik dimana walaupun hanya sedikit kesilapan akan menghukum anda.”

Kredit Foto: PSG – Paris Saint-Germain

“Saya percaya kami [PSG] mempunyai pasukan yang mampu mencuba untuk memenanginya,” ujar Messi menurut sumber laporan Goal.

“Kami sangat gembira tentang idea ini dan kami sangay berharap untuk melakukannya, tetapi kami perlu untuk menghadapi perkara ini dengan perlahan.”

“Saya ulangi, sangat sukar untuk memenangi Liga Juara-Juara Eropah. Pasukan terbaik tidak sentiasa akan memenanginya dan anda perlu untuk fokus pada setiap perkara, memikirkan tentang untuk menjadi pasukan yang terkuat.”

“Pada akhirnya, pasukan terkuat akan mencapai sasaran mereka. Dan kami berada di landasan tepat, berusaha untuk menjadi lebih kuat daripada pasukan lain [untuk menjuarai UCL],” tambah Lionel Messi lagi.

Kali terakhir Messi berjaya menjulang trofi paling berprestij di Eropah itu ialah pada musim 2014/15 yang menyaksikan Barcelona menundukkan Juventus dengan keputusan 3-1 di Berlin hasil jaringan Ivan Rakitic, Luiz Suarez dan Neymar.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak seluruh dunia:

Antonio Conte: Visi Dan Falsafah Tottenham Lemahkan Pasukan Sendiri

Safuwan Baharudin: Selangor Perlu Lebih Konsisten

Rashford Nafi Tuduhan Christian Falk Bahawa Dia Meyampah Dengan Cristiano Ronaldo

.

Sumber