Bintang Argentina, Lionel Messi telah menampilkan aksi memukau apabila menjaringkan 5 gol dalam perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Estonia kelmarin. Ini bermakna pemain Paris Saint Germain (PSG) itu telah mengumpulkan 86 gol dalam 162 perlawanan di peringkat antarabangsa.

Jumlah jaringan itu memastikan beliau mengatasi rekod Ferenc Puskas dalam senarai penjaring gol terbanyak di peringkat antarabangsa. Malah, Messi kini hanya perlukan 4 gol lagi untuk mengatasi rekod lagenda Malaysia, Allahyarham Mokhtar Dahari yang berada di kedudukan ketiga.

Beliau adalah penjaring kedua terbanyak masih aktif bermain di belakang Cristiano Ronaldo yang kekal sebagai penjaring terbanyak dengan rekod 117 gol setakat ini.

Messi masih berpeluang memecahkan rekod Mokhtar Dahari apabila bakal mewakili negaranya dalam kempen Piala Dunia 2022 di Qatar pada bulan November nanti. Namun begitu, beliau masih jauh untuk mengatasi rekod lagenda Iran, Ali Daei.

Selain Ronaldo dan Messi, dua penyerang dari Asia iaitu Ali Mabkhout dan Sunil Chhetri turut aktif bermain di pentas antarabangsa.

Mabkhout berpeluang menambah jaringan pada perlawanan play off kelayakan Piala Dunia menentang Australia manakala Chhetri turut terlibat dalam kempen Kelayakan Piala Asia 2023 yang bermula esok.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.

Urawa Red Diamonds Jadikan Aksi Persahabatan Dengan PSG Sebagai Persiapan Lawan JDT

Bangladesh Jadikan Indonesia Medan Ujian Sebelum Bertemu Harimau Malaya

Thomas Dooley Kembali Semula Sebagai Ketua Jurulatih Filipina

Piala AFF Kini Dikenali Sebagai Piala AFF Mitsubishi Electric