Bintang bola sepak terkemuka dari Argentina, Lionel Messi kini berada di Jeddah, Arab Saudi untuk memenuhi jemputan Kementerian Pelancongan negara itu. Ketika rakan sepasukannya, Kylian Mbappe berkunjung ke Madrid, Messi pula mendapat tugasan berbeza.

Menurut laporan media Perancis, pemain Paris Saint Germain (PSG) itu bakal dilantik sebagai duta pelancongan Arab Saudi.

Perkembangan itu turut disahkan oleh Menteri Pelancongan Arab Saudi, Ahmed Al Khateeb yang mengaturkan semua aktiviti sepanjang kehadiran Messi untuk mempromosi  tempat menarik di negara itu kepada dunia.

“Hari ini saya menyambut kehadiran Lionel Messi dan rakan-rakan ke Arab Saudi untuk percutian istimewa. Ini bukanlah kunjungan pertama ke negara ini atau yang terakhir,” kata Al Khateeb.

Penyerang itu juga sempat berkongsi gambar dia bergembira di Laut Merah bersama rakannya di laman Instagram dengan kerjasama bersama VisitSaudi. VisitSaudi mengalu-alukan kedatangan pemain itu ke negara mereka dengan Messi dilihat menerima sambutan secara tradisional.

“Dari Laut Merah ke Jeddah yang bersejarah, satu peluang seumur hidup menanti anda.#VisitSaudi.”

Ia bagaimanapun menjadi satu kejutan apabila Messi bekerjasama dengan Arab Saudi memandangkan PSG dimiliki oleh Qatar. Namun pemilik kelab dikatakan sudah mengetahui hubungan itu sebelum lawatan Messi ke Arab Saudi.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak eropah melalui pautan dibawah.

EPL: Liverpool Bangkit Dan Atasi Aston Villa Untuk Kekal Dalam Persaingan Kejuaraan

RASMI: Haaland Sertai Man City Dengan Nilai £55.Juta, Guardiola Akui Teruja

David Beckham Mahu Cristiano Ronaldo Terus Kekal Bersama Man Utd