Kelab terkaya Singapura, Lion City Sailors nampaknya serius untuk melangkah lebih jauh dalam saingan AFC Cup tahun ini apabila mereka telah mengumumkan pengendali dari Korea Selatan, Kim Do-hoon sebagai Ketua Jurulatih baharu hari ini.

Kim bukanlah nama asing bagi peminat bola sepak asia kerana beliau merupakan individu yang berjaya membawa Ulsan Hyundai menjuarai AFC Champions League (ACL) pada tahun lepas.

Jurulatih yang berusia 50 tahun itu telah menandatangani kontrak selama 2 tahun setengah dengan Lion City Sailors dan beliau akan memulakan tugasnya pada bulan Jun 2021 bagi menggantikan tempat jurulatih dari Australia, Aurelio Vidmar yang letak jawatan.

“Saya gembira dapat menyertai Lion City Sailor. Sangat menggembirakan untuk menjadi sebahagian daripada projek bercita-cita tinggi ini – kelab ini mempunyai aspirasi untuk menjadi salah satu kelab terbaik di rantau ini, dan saya yakin dapat memberikan kejayaan itu kepada kelab, “kata Kim dalam satu kenyataan rasmi.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Aurelio diatas kerja kerasnya sebelum ini.  Kelab ini mempunyai ramai pemain yang berbakat, dan pasukan ini telah bermain corak serangan yang menarik sejak setahun yang lalu. Saya berhasrat untuk memperbaikinya, dan membawa pasukan ini ke tahap seterusnya,” tambahnya.

Kim-Do-hoon-1
Kim Do Hoon dijulang oleh pemain Ulsan Hyundai atas kejaayaan menjuarai ACL 2020.

Kim meninggalkan Ulsan Hyundai pada disember tahun lepas selepas 4 tahun membimbing kelab itu. Selain ACL, Kim turut membawa kelab tersebut menjuara Piala FA pada tahun 2017 dan konsisten menghuni kedudukan teratas dalam carta Liga Korea.

Beliau juga cukup dikenali dengan taktikal ‘ball possesion’ yang memberi fokus untuk melakukan serangan dengan cepat.

Kehadiran jurulatih itu dijangka akan memberi saingan sengit kepada wakil negara, Kedah Darul Aman (KDA) dalam AFC Cup tahun ini kerana kedua-dua pasukan diundi dalam kumpulan yang sama.

Baca artikel lain mengenai Lion City Sailors yang pernah dilaporkan oleh VocketFC sebelum ini. 

Harris Harun Sertai Lion City Sailors Dengan Kontrak Selama 3 Tahun

Kelab Singapura, Lion City Sailors Labur RM31 Juta Bina Fasiliti Latihan Canggih

Pengasas Shopee Ambil Alih Home United Dan Nama Kelab Ditukar Kepada Lion City Sailors FC