Bintang Man United, Jesse Lingard dilaporkan tidak akan melanjutkan kontrak di Old Trafford. Dan sudah sedia untuk meninggalkan kelab tersebut secara percuma.

The Times melaporkan kedua dua pihak, Man United dan Lingard masing masing kecewa dengan sikap masing masing dalam rundingan sebelum ini.

Lingard dikatakan tidak memberikan respon yang baik ketika ditawarkan kontrak baharu. Dan tidak menunjukkan minat untuk memulakan rundingan baharu yang lain dengan United.

Sumber yang sama melaporkan bahawa, Lingard tidak berpuas hati dengan tawaran Man United. Di mana kelab tersebut menawarkan gaji yang lebih rendah daripada yang diterimanya ketika ini.

Lingard ketika ini dilaporkan hanya menerima £75,000 seminggu. Dan Lingard sedia untuk mendengar tawaran lebih besar dan lebih baik dari kelab lain.

Lingard antara pemain yang dilahirkan daripada akademi Man United. Menyertai kelab itu sejak berusia 7 tahun lagi pada tahun 2000. Lingard sudah menjaringkan 35 gol daripada 218 penampilan untuk pasukan utama.

Memenangi FA Cup, EFL Cup dan Europa League bersama dengan United.

Selain daripada kecewa dengan tawaran gaji yang lebih rendah, Lingard juga dikatakan kecewa dengan pengurusan pemain oleh Ole Gunnar Solskjaer. Di mana pengurus itu tidak menggilirkan pemain pemainnya dengan lebih baik.

Sedangkan sebelum ini Ole berjanji bahawa Lingard akan diberikan peluang sebaiknya untuk mendapatkan minit perlawanan.

Sebelum ini Lingard sangat cemerlang di West Ham United. Pemain itu masih berhasrat mahu ke Piala Dunia 2022 bersama dengan Three Lions.

Jesse Lingard

Lingard sebelum ini sudah habis kontrak. Namun setuju untuk mengaktifkan klausa lanjutan setahun sehingga 2022 bersama dengan United.

Musim ini Lingard hanya bermain 3 kali sahaja.

West Ham sangat berminat dengan Lingard selepas kecemerlangan pemain itu ketika musim pinjamam musim lalu. Di mana Lingard menjaringkan 9 gol dan mencatatkan 5 assist dalam 16 penampilannya bersama Irons.

West Ham cuba membeli Lingard secara tetap, tetapi pemain itu memilih untuk kekal di United musim ini. Dan dia menjangkakan akan mendapat peranan lebih besar dalam pasukan utama selepas kecemerlangannya musim lalu bersama West Ham. Malang sekali itu tak berlaku.

Baca juga artikel

Fernando Santos: “Saya Berundur Jika Gagal Ke Piala Dunia, Namun Itu Tak Akan Berlaku”

Laporta: ‘Kalau Dani Boleh Kembali, Kenapa Tidak Iniesta Dan Messi?’

Xavi Mahu Bawa Penyerang Al Sadd Isi Posisi No.9