The Guardian melaporkan bahawa Manchester United sedia untuk melepaskan Jesse Lingard. United sedia mendengar tawaran daripada mana mana pasukan untuk pemain tersebut.

Hal ini kerana United mahu mendapatkan Jadon Sancho dan pada masa yang sama sudah memiliki Mason Greenwood yang dilihat jauh lebih baik daripada pemain itu.

Lingard musim ini mengalami kemarau gol dan assist yang teruk dalam EPL sebelum mengakhirinya pada lewat musim.

Lingard sudah menjaringkan 2 gol dalam dua perlawanan terakhir Man United, namun ianya masih tak cukup untuk menyelamatkan pemain tersebut daripada disenarai untuk dibida.

Kontrak semasa Jesse Lingard akan berakhir pada 2021. Kelab ada opsyen untuk melanjutkan kontrak tersebut setahun lagi.

Tetapi buat masa ini United mempertimbangkan untuk mengeluarkan Lingard daripada bil struktur gaji pasukan mereka.

Man United berjaya mengurangkan bil gaji Alexis Sanchez sebanyak £390,000 seminggu dengan pemergian Alexis Sanchez ke Inter Milan.

Kejayaan mengeluarkan Lingard akan membolehkan United menjimatkan lagi £100,000 seminggu.

Dan ianya boleh digunakan untuk melanjutkan kontrak pemain muda yang lain.

Ole Gunnar Solskjaer sebelum ini sudah memberikan peluang kepada Jesse Lingard untuk membuktikan keupayaannya.

Namun pemain itu tetap gagal untuk menambat hati Ole untuk dijadikan pemain utama pasukan.

Malah Mason Greenwood yang lebih cepat berjaya mendapatkan prestasi yang luar biasa bersama dengan pasukan utama.

greenwood

Man United sudah memiliki serangan tiga serangkai yang bagus pada separuh kedua musim ini. Lingard jelas sekali bukan pemain yang boleh mencabar tempat Martial, Rashford mahupun Greenwood.

Sudah ada beberapa pasukakan yang berminat dengan Jesse Lingard. Ini termasuk Spurs yang turut dikaitkan dengan pemain tersebut.

Adakah mungkin Lingard akan bergabung semula dengan Jose Mourinho?

Baca juga perkembangan lain

RASMI: Alexis Sanchez Dilepaskan Man United

Arsenal Cari Pembeli Mkhitaryan Untuk ‘Top Up’ Gaji Willian

AS Roma Dapat Pemilik Baharu Dengan Penjualan RM2.93 Billion, Berakhirnya Era Pallotta