Gol gol daripada Cristiano Ronaldo dan Bruno Fernandes memastikan Red Devils melepasi cabaran getir daripada Brighton.

Manchester United bertungkus lumus dalam usaha mereka mendapatkan kemenangan. Di mana David De Gea turut menunjukkan aksi cemerlang melakukan beberapa penyelamatan.

Walaupun beraksi dengan 10 pemain, namun Brighton menamatkan perlawanan sebagai pasukan yang lebih dominan.

Selepas tamat perlawanan, Victor Lindelof menghamburkan kata kata pujian buat David De Gea.

“De Gea telah beraksi dengan hebat sekali. Ianya satu save yang luar biasa,” kata Lindelof merujuk kepada satu save dengan refleks luar biasa daripada penjaga gol asal Sepanyol itu.

Lindelof diturunkan dalam kesebelasan utama selepas Raphael Varane terpaksa disisihkan sebelum sepak mula kerana sakit.

Man United sebelum ini beberapa kali mendahului lawan mereka dan akhirnya diikat dengan keputusan seri. Tetapi malam tadi, ianya tidak berlaku.

Lindelof mendedahkan bahawa arahan perubahan taktikal pada separuh masa oleh Ralf Rangnick membantu mereka memperbaiki permainan mereka.

Lindelof berkata: “Saya rasa kita bermain lebih baik daripada mereka pada separuh masa kedua. Kita perlu bangkit sedikit di atas padang dan memberikan mereka tekanan.”

“Sasaran utama kita adalah menjadi agresif.”

Awal 45 minit pertama, Man United sebenarnya bermain dengan tidak cukup bagus. Di mana beberapa siri aksi gopoh dan gugupn para pemain membuatkan Man United bergelut.

Bermula separuh masa kedua, Cristiano Ronaldo menamatkan kemarau golnya dengan gol individu yang sangat cantik. Kemudian Bruno Fernandes menambah satu lagi gol pada masa kecederaan.

Menurut Lindelof, arahan Rangnick adalah untuk memastikan bola berada di tempat lawan dengan lebih banyak terutama sekali di zon final third.

Dan pemain pemain United melaksanakan arahan itu. Ternyata ianya sangat berkesan. Mereka malah mendesak pemain lawan melakukan kesilapan sehingga dibuang padang.

Kemenangan ini sangat penting untuk Manchester United yang kembali semula ke 4 teratas.