Bekas penjaga gol Manchester United, Anders Lindegaard menganggap rakan senegaranya, Christian Eriksen mempunyai mentaliti yang cukup sesuai buat kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

Eriksen yang kembali beraksi dengan bantuan alat Implantable Cardioverter Defibrillator (ICD) ekoran serangan jantung dialaminya ketika Kejuaraan Euro 2020 lalu dilaporkan akan menyertai Manchester United.

Tidak dibenarkan beraksi di Itali (Inter Milan) kerana terpaksa bergantung kepada bantuan ICD, khidmat Eriksen kemudiannya ditagih Brentford dengan memberikannya kontrak selama enam bulan.

Tempoh tersebut digunakan sebaik mungkin oleh Eriksen dimana pemain tengah itu memberikan impak pantas buat kelab tersebut. Beraksi pada 11 perlawanan EPL, beliau berjaya menjaringkan satu gol dan mencipta empat bantuan jaringan.

Sehubungan dengan itu, Lindegaard melihat Eriksen mampu untuk meningkatkan lagi prestasinya di bawah kendalian Erik ten Hag yang dilantik sebagai pengurus baharu Manchester United.

“Ia seperti satu kisah dongeng. Saya sangat gembira untuk Christian [Eriksen] kerana dia dapat kembali dengan cara yang sangat hebat.”

Kredit Foto: Herrelandsholdet

“Saya sangat kagum tetapi tidaklah terlalu terkejut. Christian mempunyai mentaliti yang sangat istimewa,” ujar Lindergaard menurut sumber laporan Goal.

“Mentaliti yang sangat sesuai dengan United. Dia tidak terlibat dengan bola sepak untuk mengejar kemashyuran, wang, gaya hidup mewah atau menunjuk-nujuk. Cristian berada dalam bola sepak kerana dia cintakan permainan ini.”

“Terutamanya atas sebab itu, dia sangat sesuai di United. Melihat dari luar ia menjadi sebuah kelab yang telah bertukar menjadi kelab yang mempunyai ramai mentaliti diva, ramai pemain yang mempunyai ramai pengikut di media sosial.”

“Christian Eriksen datang dengan watak sama sekali sangat berbeza. Dia tidak peduli dengan jumlah pengikut di media sosial. Dia juga tidak mempedulikan tentang kereta mewah atau jam tangan mahal.”

“Apa yang dia pedulikan ialah bermain bola sepak, menikmati bola sepak dan menjadikannya permainan yang indah seperi yang kita semua inginkan,” tambah Lindergaard lagi.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak seluruh dunia melalui pautan dibawah.

Piala FA 2022: Nafuzi Sedar Cabaran Getir Bakal Dihadapi Bertemu Kedah

Here We Go: Christian Eriksen Sertai Manchester United

Pasukan Perubatan Melaka Raih Pujian, Pulihkan Kecederaan Hamstring Ifedayo Dalam Masa Singkat

Sumber