Perlawanan Liga Premier Malaysia 2020 malam ini bakal menemukan 2 pasukan dari Kelantan yang mungkin bakal menjadikan Stadium Sultan Muhammad IV kembali ‘melimpah’.

‘Derby Sek Kito’ mungkin dirasakan lebih dekat dengan jiwa penyokong kedua-dua pasukan ini yang rata-ratanya boleh dikatakan akan hadir malam ini untuk menyaksikan perlawanan Kelantan FA bertemu Kelantan United tanpa rasa ‘rivalry’.

Ia mungkin dilihat sebagai satu perlawanan yang bakal menentukan pasukan mana yang akan memiliki potensi untuk membawa nama Kelantan itu sendiri ke persada yang lebih tinggi musim ini dan juga musim depan.

87836831_1677569339050328_6523760193946255360_o

Walaupun majoriti penyokong malam ini akan bias kepada Kelantan FA, namun wujud juga serpihan yang akan berdiri dibelakang Kelantan United yang sudah memberikan mereka harapan yang realistik terutama selepas muncul juara M3 musim 2019. Mereka tidak bersendirian sebenarnya kerana masih ramai lagi penyokong yang akan mengikuti walaupun secara lebih senyap.

“Kita di kem KUFC akan bermain secara berhati-hati dan tidak memandang rendah kekuatan Kelantan kerana kita ketahui mereka serba serbi lengkap setelah dijenamakan semula oleh Pengerusi After Image, Datuk Wan Rakemi”.

Kata Sazami lagi, sesi latihan yang mereka laksanakan menjelang perlawanan ini ialah seperti biasa iaitu melihat kekurangan mereka pada perlawanan terakhir ketika menewaskan Kuching FA tempoh hari.

89327190_1678133778993884_4151329313150468096_n

“Kita tidak tertekan untuk melawan Kelantan namun tetap dalam situasi berhati-hati agar kemenangan dapat kita perolehi pada perlawanan berkenaan”.

“Kita harapkan kedua-dua pasukan dapat mempamerkan persembahan bermutu seterusnya mengembalikan semula kegemilangan bola sepak negeri Kelantan”.

Apa pun keputusan perlawanan malam ini, ia adalah ‘Derby Sek Kito’ yang akan memberikan kepuasan kepada ramai hantu bola di Kelantan dan dijangka Stadium Sultan Muhammad IV akan ‘lipoh’ dengan kehadiran penonton yang lain juga.

Pentas musim ini dilihat sebagai satu perbandingan pihak pengurusan mana yang lebih berkebolehan untuk menerajui sebuah pasukan bola sepak di negeri Kelantan yang seringkali terpalit dengan pelbagai isu dalaman. Ramai yang sedang memerhati untuk melihat perkembangan dari pelbagai sudut terutamanya diperingkat atasan.

Meriahkan ‘Derby Sek Kito’ malam ini dengan semangat ‘Sek Kito Jange Pecoh!’

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Malaysia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

B.Sathianathan: “Dah 62 Tahun Merdeka, Masih Lagi Maki Dengan Perkataan Keling Dan Anjing. Itu Fans Ke?”

Stadium Likas Bertukar Jadi ‘Perpustakaan’, Ketuk Tong Gelen Pun Tidak Dibenarkan

75,563 Orang Penonton Hadir Ke Stadium Saksikan Perlawanan Ke-2 CIMB Liga Super Dan Liga Premier 2020