Kemenangan Johor Darul Ta’zim (JDT) ke atas juara Piala FA Korea Selatan, Suwon Bluewings dalam saingan AFC Champions League semalam telah mengejutkan para peminat bola sepak tempatan.

Dua jaringan daripada Gonzalo Cabrera dan Mauricio Dos Santos sudah cukup memastikan skuad Harimau Selatan itu raih tiga mata berharga sekaligus menghuni kedudukan kedua dalam kumpulan G dibelakang Vissel Kobe.

Terdapat 5 perkara menarik mengenai kemenangan JDT ke atas Suwon Bluewings di Stadium Sultan Ibrahim malam tadi.

JDT raih USD50K (RM209,100) hasil kemenangan di peringkat kumpulan AFC Champions League

Seperti yang kita tahu, AFC Champions League merupakan kejohanan bola sepak peringkat kelab yang paling elit di Asia. Semua pasukan-pasukan dalam liga bola sepak Asia berebut-rebut untuk menjadi juara kejohanan ini.

Dalam peringkat kumpulan, setiap pasukan akan bermain 6 perlawanan bagi menentukan pasukan mana yang akan layak ke peringkat kalah mati.

Setiap kemenangan dalam peringkat kumpulan, sesebuah pasukan itu akan menerima bonus sebanyak USD 50,000 (RM209,100), jika seri USD 10,000 (RM41,820) untuk kedua-dua pasukan, dan jika kalah tiada bonus diberikan.

Kemenangan ke atas Suwon Bluewings akan membangkitkan semangat JDT untuk menghadapi lawan yang seterusnya.

23826125_1767460489965754_3777351508519405279_o

JDT lebarkan jurang mata ranking AFC MA

1 kemenangan dalam saingan AFC Champions League adalah bernilai 3 mata dalam pengiraan AFC MA ranking, dan boleh dianggarkan bahawa 3 kemenangan diperlukan dalam saingan AFC Cup jika mahu mengutip mata yang sama untuk dimasukkan dalam pengiraan AFC MA ranking.

Ini adalah perkara yang penting untuk semua peminat bola sepak Malaysia tahu atau secara mudahnya inilah perbezaan magnitud merit mata yang diperolehi dalam kedua-dua pertandingan tersebut.

Dan kemenangan pasukan JDT keatas pasukan Suwon Samsung Bluewings semalam jelas memberikan impak besar apabila 3 mata disumbangkan oleh JDT kepada pengiraan AFC MA Ranking Malaysia.

Ketika ini untuk kutipan musim 2020, Malaysia telah berjaya mengutip 3.600 mata dan menjadikan jumlah 4 tahun terkini kepada 16.078 mata.

Berdasarkan pengiraan peratusan relatif kepada MA yang mempunyai mata paling banyak, Malaysia telah berjaya mencatat kutipan sekitar 25.223 mata dimana jurang diantara Indonesia telah dilebarkan dan hanya dipisahkan dengan margin sekitar 0.430 mata dengan Singapura dikedudukan ke-9 Asia Timur.

Fadhli Shas

Sumber Gambar: JST

Kemenangan pertama AFC Champions League di Stadium Sultan Ibrahim

Sejak Stadium Sultan Ibrahim dibuka secara rasmi pada 22 Februari lepas, JDT telah mencatat dua kemenangan berturut-turut.

Selepas merangkul trofi pertama di Stadium Sultan Ibrahim dengan menewaskan Kedah dalam saingan Piala Sumbangsih, JDT terus melakar satu lagi sejarah iaitu kemenangan pertama AFC Champions League di stadium tersebut.

Stadium Sultan Ibrahim dibina sejak Januari 2016 di atas tanah berkeluasan 28 hektar. Dengan kemudahan padang jenis Zeon Zoysia, reka bentuk stadium itu diilhamkan daripada bentuk daun pisang, sekali gus dianggap tercanggih di rantau Asia Tenggara.

Setiap kemudahan di Stadium Sultan Ibrahim mencapai piawaian yang ditetapkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) selain sistem pencahayaan moden termasuk pemasangan lampu LED berwarna merah, biru dan putih di luar stadium.

Kedah

FOTO: JST

Aksi Nazmi Faiz Mansor dapat pujian daripada penyokong bola sepak tempatan

Sejak beberapa tahun lalu, Nazmi Faiz Mansor sering terpalit dengan beberapa kontroversi di atas padang sehingga digelarkan sebagai ‘budak jahat’ dalam bola sepak Malaysia.

Malah, sikap pemain yang pernah digelar ‘wonderkid’ suatu ketika dahulu tidak digemari oleh peminat bola sepak tempatan disebabkan oleh perangainya yang tidak bertambah baik.

Namun musim ini, Nazmi tampil dengan lebih matang dan mempamerkan corak permainan yang memukau ketika menentang Suwon Bluewings malam tadi. Beliau melakukan hantaran yang berkualiti kepada Diogo Luis Santo sehingga memperolehi sepakan penalti.

Selain itu, assist kedua beliau kepada Mauricio Dos Santos memberikan kemenangan penting kepada Harimau Selatan sekaligus membuktikan pemain yang berusia 25 tahun itu masih mempunyai kualiti seperti dulu.

Jika Nazmi terus konsisten, tidak mustahil beliau akan dipanggil untuk menyertai skuad kebangsaan dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang akan datang.

88107806_1612977665532193_2362687975118077952_o

FOTO: JST

Prestasi Safawi Rasid jadi tanda tanya

Walaupun JDT berjaya menewaskan Suwon Bluewings, namun prestasi penyerang skuad kebangsaan, Safawi Rasid yang semakin merudum menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan peminat bola sepak Malaysia.

Malah, pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut tidak berpuas hati dengan persembahan yang ditampilkan oleh salah seorang pemain bintang pasukannya itu.

Sejurus perlawanan menentang Suwon, Tunku Ismail menggunakan laman Instagram Story miliknya dimana beliau mengkritik seorang wanita yang dipercayai teman wanita Safawi Rasid yang menjadi punca pemain itu gagal menampilkan prestasi terbaik dalam dua perlawanan setakat ini.

Apa yang pasti, Safawi perlu memberikan 100 peratus fokus dan tidak terganggu dengan masalah di luar padang bagi memastikan beliau kembali menampilkan prestasi terbaik.

Khidmat beliau bukan sahaja ditagih oleh pasukan JDT, tapi turut diperlukan oleh skuad Harimau Malaya bagi menghadapi kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bulan depan.

Safawi Rasid

Sumber Gambar: JST

Baca artikel lain mengenai pasukan Johor Darul Ta’zim di sini:

ACL 2020: JDT Raih Tiga Mata Selepas Mengejutkan Suwon Bluewings

JDT Lebarkan Jurang Mata Ranking AFC MA, Optimis Malaysia Mampu Pintas Australia Dan Vietnam Jika Konsisten

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group