Baru-baru ini, ketua jurulatih skuad Harimau Malaya. Kim Pan-gon memanggil seramai 27 pemain bagi menyertai kem latihan pusat pasukan negara untuk menghadapi dua perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Turkmenistan dan Hong Kong bulan ini.

Berdasarkan senarai tersebut, Pan Gon telah mengekalkan seramai 9 daripada 23 pemain yang telah membawa skuad Harimau Malaya layak ke separuh akhir Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 pada Januari lalu.

Dua pemain naturalisasi iaitu Endrick dos Santos dan Paulo Josue turut dipanggil oleh Pan-gon sekaligus kedua-dua pemain bakal mendapat peluang untuk membuat penampilan pertama bersama pasukan negara.

Akan tetapi, terdapat beberapa pemain yang menampilkan prestasi baik dalam saingan Liga Super namun tidak berjaya menambat hati Pan-gon. Berikut adalah senarai lima pemain yang wajar dipanggil bagi menyertai kem latihan pusat pasukan negara.

1. Hong Wan

Harimau Malaya
Sumber Gambar: JST

Hong Wan diturunkan dalam kesemua perlawanan Johor Darul Ta’zim (JDT) musim ini dan beliau mempamerkan prestasi yang baik di bahagian tengah. Akan tetapi, bekas pemain Wolverhampton Wanderers ini tiada dalam senarai utama ataupun menunggu.

2. Bryan See

Harimau Malaya
Sumber Gambar: Perak

Bryan See menjadi salah seorang pemain terbaik Perak setakat ini meskipun pasukan itu baru meraih satu kemenangan dalam saingan Liga Super. Ketangkasan Bryan memastikan Perak tidak dibolosi lebih banyak gol ekoran dibarisi oleh ramai pemain muda dan kurang berpengalaman.

3. Sharul Nazeem

Shahrul Nazeem merantai pergerakan Kpah Sherman. Kredit Foto: Malaysian Football League

Sharul berjaya meningkatkan prestasi sejak Selangor berada dibawah kendalian Tan Cheng Hoe dan musim ini beliau terus menjadi pilihan di bahagian pertahanan. Namun dalam senarai kali ini, Sharul hanya berada dalam senarai menunggu.

4. Azam Azmi Murad

Azam Azmi Murad
Sumber Gambar: Terengganu

Azam merupakan salah satu pemain yang dikekalkan daripada skuad yang dibawa ke saingan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 namun kali ini Pan-gon lebih memilih Matthew Davies dan Quentin Cheng.

5. Safawi Rasid

Safawi Rasid
Sumber Gambar: Ratchaburi

Ketiadaan Safawi nyata mengejutkan memandangkan beliau merupakan ketua pasukan. Pan-gon pernah menyatakan beliau gembira dengan prestasi Safawi di Thailand namun nama pemain ini hanya berada di senarai simpanan.