Baru-baru ini, Ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Kim Pan-gon telah memanggil 30 pemain yang akan menyertai kem latihan pusat bagi menghadapi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 (FAS Tri-Nations Series 2022) bertemu Filipina (23 Mac) dan Singapura (26 Mac) serta satu lagi perlawanan persahabatan bertemu kelab Liga Singapura, Albirex Niigata FC Singapore pada 28 Mac 2022, dimana ketiga-tiganya perlawanan berlangsung di Singapura.

Dalam senarai 30 pemain yang dipanggil, beberapa pemain yang pernah beraksi bersama skuad negara dan pemain terkini dipanggil oleh Pan-gon bagi membawa cabaran Malaysia.

Namun, ada beberapa pemain yang mempunyai potensi setelah menampilkan prestasi cemerlang dalam saingan liga bersama pasukan masing-masing tidak dipanggil oleh ketua jurulatih dari Korea Selatan itu.

Di sini, kami senaraikan lima pemain yang wajar dipanggil bagi menyertai pasukan kebangsaan untuk menghadapi perlawanan akan datang.

1. Ryan Lambert

Pasukan Kebangsaan
Sumber Gambar: KL City

Ryan menampilkan prestasi cemerlang musim lalu apabila beliau membantu Kuala Lumpur City memenangi saingan Piala Malaysia. Musim ini, Ryan berjaya mengekalkan prestasi di bahagian tengah KL City.

2. S. Kumaahran

Pasukan Kebangsaan
Sumber Gambar: PJ City

Kumaahran menjadi sandaran Petaling Jaya City di bahagian serangan musim ini dan beliau berjaya menjalankan tugas dengan baik. Setakat ini, Kumaahran menjaringkan dua gol dalam saingan Liga Super.

3. Khatul Anuar Jalil

Pasukan Kebangsaan
Sumber Gambar: Penang

Khatul Anuar beraksi dengan baik di pintu gol bersama Penang musim ini. Beliau memainkan peranan penting ketika aksi menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Melaka United.

4. Al-Hafiz Harun

Al-Hafiz Harun
Sumber Gambar: Kedah Darul Aman

Meskipun bergelar pemain baharu, Al-Hafiz mendapat kepercayaan ketua jurulatih Kedah Darul Aman, Aidil Sharin untuk berada dalam kesebelasan utama. Beliau menyumbang dua assist ketika Kedah menewaskan Kuala Lumpur City semalam.

5. Zhafri Yahya

Zhafri Yahya
Sumber Gambar: KL City

Zhafri diletakkan dalam senarai menunggu oleh Kim Pan-gon dalam senarai panggilan kali ini. Sama seperti Ryan, Zhafri turut memainkan watak utama dalam kejayaan KL City musim lalu.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim 2022 di sini:

Safiq Rahim Kembali Dipanggil Perkuatkan Skuad Kebangsaan

Tiada Lagi Rumput Lembu, TMJ Taja Kos Penanaman Rumput Zeon Zoysia Di Stadium Nasional Bukit Jalil

Zamsaham Senaraikan 7 Kebaikan Format Baharu Liga Super Musim 2023