Pasukan B-19 Tahun negara akan segera menjalani latihan sebagai persiapan menghadapi saingan AFC B-19 Tahun yang dijadualkan berlangsung di Uzbekistan pada 14 hingga 31 Oktober 2020.

Penggempur utama skuad B-19 tahun negara, Luqman Hakim telah mendapat pelepasan daripada kelab barunya, KV Kortrijk bagi menyertai kejohanan tersebut dan berikut adalah empat pemain yang mungkin menjadi gandingan kepada penjaring terbanyak saingan AFC B-16 Tahun 2018 itu.

1. Mukhairi Ajmal

Luqman Hakim
Luqman Hakim dan Mukhairi Ajmal (7) antara graduan AMD yang berjaya mencipta nama.

Mukhairi sudah beraksi bersama Luqman sejak 2019 lalu dalam saingan AFC B-18 tahun. Meskipun beliau banyak beraksi di bahagian tengah, namun pemain Selangor 2 ini juga mampu untuk mengisi posisi di bahagian serangan.

2. Aiman Afif

Pemain
Sumber Gambar: FA Kedah

Aiman Afif berjaya mendapatkan tempat dalam pasukan utama Kedah bagi saingan Liga Malaysia musim ini. Sama seperti Mukhairi, Aiman juga beraksi dalam saingan AFC B-18 Tahun pada 2019 lalu.

3. Jaami Qureshi

Pemain
Sumber Gambar: Stadium Astro

Pemain kacukan ini menjadi sasaran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi diserapkan ke dalam skuad B-19 tahun negara. Kelab beliau, Brighton and Hove Albion juga telah memberi pelepasan kepada Jaami sekiranya dipanggil.

4. Adam Nadzmi Nazri

Pemain
Adam Nadzmi Zamri. Sumber Gambar: Team Malaysia

Adam Nadzmi Nazri merupakan muka baharu di samping Wan Ahmad Kuzri Wan Ahmad Kamal yang dipanggil bagi menyertai sesi latihan pasukan negara. Adam merupakan pemain yang beraksi bersama BISP Cruzeiro Football Academy.

5. Muslihuddin Atiq

Pemain
Muslihuddin Atiq. Sumber Gambar: Teganukita.net

Muslihuddin membantu Terengganu IV memenangi Piala Belia pada musim lalu dengan menewaskan PKNS FC di pentas final. Pada saingan AFC B-18 Tahun di Vietnam tahun lalu, Muslihuddin menjaringkan satu gol, tepatnya pada perlawanan peringkat kumpulan menentang Kemboja.

Baca artikel lain mengenai perkembangan skuad B-19 tahun negara dan Luqman Hakim di sini:

Vincent Tan Sudah Ada Perancangan Sendiri Untuk Luqman Hakim Dalam Skuad KV Kortrijk

Luqman Dijangka Sertai Kem Latihan Pusat Skuad Malaysia B-19 Pada Bulan September

FAS Capai Persetujuan Dengan KV Kortrijk Mengenai Perpindahan Luqman Hakim