Baru-baru ini, sebuah laman di media sosial Twitter, All Things Thai Football mendedahkan terdapat pasukan Liga Malaysia yang mahu mendapatkan khidmat pemain skuad kebangsaan Thailand.

Di sini, kami senaraikan lima pemain Thailand yang dilihat boleh beraksi di Liga Malaysia sekaligus menambah kualiti liga bola sepak tempatan.

1. Supachai Jaided

Pemain Thailand
Supachai Jaided (9). Sumber Gambar: Sports442.com

Supachai merupakan antara pemain muda yang sedang meningkat naik di Thailand. Beliau boleh beraksi sebagai pemain sayap dan juga penyerang.

2. Thitipan Puangchan

Pemain Thailand
Sumber Gambar: https://www.google.com/amp/s/mrbagaimana.com/2018/12/06/watch-highlights-thailand-2-2-malaysia-aff-suzuki-cup-2018-semi-finals-2nd-leg-on-youtube/amp/

Thitipan kembali ke pangkuan BG Pathum United setelah menghabiskan musim 2019 di saingan J. League bersama Oita Trinita secara pinjaman.

Pengalaman yang dimiliki oleh Thitipan dilihat mampu untuk membantu meningkatkan kualiti pasukan.

3. Ekanit Panya

Pemain Thailand
Sumber Gambar: picdeer.org

Ekanit menjadi watak penting bagi Chiangrai United ketika mereka memenangi saingan Thai League 1 musim 2019 lalu. Pemain berusia 20 tahun ini juga sudah mula beraksi bersama skuad senior Thailand.

4. Adisorn Promrak

Pemain Thailand
Sumber Gambar: Taiwannews.com

Adisorn merupakan antara pemain pertahanan terbaik Thailand dan beliau pernah memenangi beberapa kejuaraan bersama skuad Gajah Perang dan juga Muangthong United.

Adisorn memenangi dua kejuaraan Piala AFF Suzuki (2012 dan 2014) selain pernah membantu Muangthong memenangi Thai League 1 pada musim 2016 lalu.

5. Elias Dolah

Pemain Thailand
Elias Dolah merupakan salah seorang pemain yang beraksi bersama Port FC.

Elias Dolah merupakan pemain pertahanan tinggi lampai dan beliau beraksi bersama Port FC musim ini. Dolah mula beraksi bersama skuad kebangsaan Thailand apabila Akira Nishino dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan.

Baca artikel lain mengenai pemain Thailand di sini:

Teerasil Dangda Bakal Terlepas Peluang Pecahkan Rekod Penjaring Terbanyak Piala AFF Suzuki

Alexandre Gama Akui Theerathon Bunmathan Miliki Kualiti Yang Sama Dengan Diogo Luis Santo

Supachok Sarachat dan Suphanat Mueanta Mahu Ikut Jejak Langkah Chanathip Songkrasin