Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Lima pemain muda Selangor menandatangani kontrak jangka masa panjang sekaligus kekal beraksi bersama pasukan itu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Pemain muda yang dimaksudkan ialah Sharul Nazeem, Ahmad Danial Asri, Aliff Haiqal Lau, Mukhairi Ajmal, dan seorang pemain import dari Myanmar iaitu Hein Htet Aung sekaligus menjadi barisan pemain awal yang menandatangangi kontrak lanjutan bersama skuad Gergasi Merah.

Kelima-lima pemain ini telah diberi peluang beraksi dan menimba pengalaman bermain di pentas tertinggi bersama pemain-pemain senior yang lain dalam saingan Liga Super dan Piala Malaysia 2021. Kemasukan pemain-pemain muda ini dilihat telah memberi impak yang baik dan lebih pilihan kepada pengendali pasukan dengan kelebihan yang dimiliki mereka.

Untuk rekod, pemain pertahanan tengah muda, Sharul Nazeem telah beraksi dalam 19 perlawanan dan menjaringkan satu gol, manakala pemain tengah kreatif, Aliff Haiqal Lau telah beraksi dalam 24 perlawanan serta memberikan satu bantuan gol.

Seorang lagi pemain tengah, Mukhairi Ajmal juga telah bermain untuk Gergasi Merah dalam 23 perlawanan untuk musim ini dengan menjaringkan satu gol dan tiga bantuan gol.

Penyerang berbisa muda Selangor, Ahmad Danial Asri pula menjadi pemain muda paling banyak beraksi dan menjaringkan gol musim ini. Sepanjang musim ini, beliau telah bermain sebanyak 28 perlawanan dengan enam jaringan gol serta tiga bantuan gol.

Pemain muda Myanmar, Hein Htet Aung pula membuat 19 penampilan pada saingan musim ini dengan menyumbang dua jaringan gol dan enam bantuan gol.

Lima pemain muda ini dilihat bakal menjadi nadi utama pasukanb Selangor bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan kerana masing-masing pemain telah memiliki pengalaman dan sudah beraksi bersama sepanjang saingan musim 2021.

Selain mengikat pemain muda mereka, Selangor turut melakukan perubahan di bahagian staf kejurulatihan dimana Michael Feichtenbeiner dilantik sebagai ketua pasukan skuad utama sambil dibantu oleh Karsten Neitzel dan bekas pemain Selangior sendiri, Nidzam Jamil.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:

TMJ Akui Pengadil Aksi JDT Menentang Terengganu Tampilkan Prestasi Buruk

Laungan “Ref Bodo!, Ref Bodo! Ref Bodo!” Dan Balingan Botol ‘Mengiringi’ Pengadil Masuk Ke Bilik Persalinan

Piala Malaysia 2021: Terikat Bertemu TFC, JDT Bawa Kelebihan Gol Tempat Lawan

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group