Manchester United cukup dikenali dengan deretan pemain-pemain bintang dari seluruh dunia yang menjana pendapatan lumayan di Old Trafford. Wayne Rooney, Cristiano Ronaldo dan Romelu Lukaku antara pemain yang pernah menerima gaji mingguan yang tinggi di “Theater of Dreams” ini.

Mason Greenwood pula telah mengikat perjanjian bersama United untuk kekal sehingga 2025, menyaksikan peningkatan gaji sehingga £75,000 seminggu. Namun, angka itu tidak termasuk pun dalam senarai ini. Jadi siapa 5 pemain tersebut?

1. David De Gea

Manchester United
David De Gea

Memasuki tahun ke-10 De Gea di United, sudah tentu khidmatnya dibayar dengan angka yang sangat tinggi. Antara penjaga gol terbaik dunia ketika ini, De Gea dibayar sebanyak £375,000 seminggu sehingga Jun 2023. Boleh dikatakan, De Gea pemain sangat penting di United walaupun prestasinya ketika ini turun naik selepas Piala Dunia 2018.

2. Paul Pogba

Manchester United
Paul Pogba

Pemain tengah dengan kualiti dan teknik yang sangat baik ketika di kemuncak prestasi, Pogba dibawa masuk oleh Jose Mourinho pada musim panas 2016 daripada Juventus dengan nilai menghampiri £89 juta, menjadikannya rekod perpindahan dunia sebelum dipecahkan oleh Neymar ke PSG. Menerima £290,000 seminggu, Pogba mempunyai baki satu musim sebelum tamat kontrak dan masa depannya di Old Trafford masih lagi menjadi tanda tanya peminat Red Devils ketika ini.

3. Anthony Martial

Manchester United
Manchester United’s Portuguese midfielder Bruno Fernandes (2L) celebrates with Manchester United’s French forward Anthony Martial (C) after scoring a penalty kick during the UEFA Europa League Group H first-leg football match between Paris Saint-Germain (PSG) and Manchester United at the Parc des Princes stadium in Paris on October 20, 2020. (Photo by FRANCK FIFE / AFP) (Photo by FRANCK FIFE/AFP via Getty Images)

Pemenang Golden Boy 2015, Anthony Martial dibawa masuk Louis Van Gaal dengan status pemain remaja termahal dunia ketika itu. Menyerlah di awal kariernya di Old Trafford dengan momen seperti gol sulungnya menentang Liverpool pada debut untuk United, Martial memperoleh £250,000 untuk seminggu. Merudum pada era Jose Mourinho sebelum bangkit menjadi penjaring terbanyak United pada musim 2019/20 kendali Ole Solksjaer, Martial kini bergelut musim ini dengan konsistensi dan kehilangan tempat di kesebelasan utama kepada Edinson Cavani.

4. Edinson Cavani

Manchester United
Edinson Cavani

Cavani dilepaskan secara percuma oleh Paris Saint Germain pada perpindahan musim panas 2020/21, dan seger disambar United yang memerlukan penyerang tulen dalam skuad kendalian Ole. Menerima gaji sehingga £210,000 seminggu, penyerang berusia 33 tahun dilihat berupaya memikul tugas Martial dengan mencetak gol-gol penting seperti ketika comeback menentang Southampton di Premier League.

5. Marcus Rashford

Manchester United
Marcus Rashford

Pemain kesayangan peminat Red Devils, Marcus Rashford diserap masuk ke skuad utama oleh Louis Van Gaal menggantikan Martial yang cedera ketika aksi Liga Europa menentang FC Midtjylland pada musim 2015/16. Sejak itu dia mula meningkat naik dan menjadi kesebelasan utama United ketika ini. Rashford menerima £200,000 seminggu dan menjadi tulang belakang kepada sistem fast counter-attacking Ole Solksjaer. Rashford juga dikenali dengan aktiviti luar padangnya dengan membantu kanak-kanak yang tidak bernasib baik di England.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Eropah di sini:

Hasrat Ahli Perniagaan Malaysia Ambil Alih Wigan Athletic Tidak Kesampaian

Angelino: “Liverpool Lebih Tertekan, Trent Adalah ‘Lubuk’ Untuk Kami Manfaatkan”

UCL: 10 Pemain Porto Singkir Juventus