Salah sebuah agensi dan ejen pemain, I One Agenscy Sdn Bhd telah mendedahkan sekurang-kurangnya lima pemain Malaysia yang beraksi bersama skuad B-23 Tahun diminati oleh beberapa pasukan dari rantau Eropah.

Menurut laporan Harian Metro, pemilik agensi tersebut iaitu Syed Qamarul Firdaus menyatakan beliau telah dihubungi beberapa buah kelab dari Divisyen kedua kelab eropah untuk mendapatkan lima pemain tersebut.

Antara pemain yang diminati ialah pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Safawi Rasid dimana dua kelab, FC Zurich dari Switzerland dan Sparta Praha dari Repulik Czech mahu mendapatkan khidmat Safawi. Seorang lagi pemain JDT, Akhyar Rashid pula mencuri tumpuan kelab Belarus iaitu Bate Borisov.

Lima
Sumber Gambar: JST

“Kena ingat, kelab-kelab Eropah tak akan ambil pemain yang lebih usia 25 tahun ke atas tetapi mereka akan cari yang bawah 25 atau senang cerita bawah 23. Tumpuan mereka (kelab Eropah) pula lebih mencari pemain di bahagian sayap saja.

“Ini kerana bagi mereka, pemain-pemain dari Asia ini lebih workaholic atau lebih kerja keras atas padang. Saya fikir ini adalah waktu dan ketikanya untuk kita eksport pemain tempatan ke luar. Jika tak ke Eropah sekali pun, liga Korea Selatan, Jepun dan Thailand pun dah cukup baik sebagai permulaan,” katanya.

Lima
Sumber Gambar: FAM

Tambah Syed Qamarul, tiga lagi pemain yang diminati kelab eropah ialah Syahmi Safari (Selangor), Irfan Zakaria (Kedah) dan Syamer Kutty Abba (JDT).

Untuk rekod, ketika ini Malaysia mempunyai tiga pemain yang beraksi di luar negara antaranya Hadi Fayyadh Abdul Razak (Fagiano Okayama), Norshahrul Idlan Tahala (BG Pathum United) dan Dominic Tan (Police Tero). Tak lama lagi, penyerang skuad B-18 Tahun negara, Luqman Hakim akan mengikut jejak langkah ketiga-tiga pemain.

Baca artikel lain mengenai pemain Malaysia di sini:

Kelab Liga Perdana Inggeris Berminat Dapatkan Khidmat Luqman Hakim

TMJ: Luqman Hakim Bukan Dibeli KV Kortrijk, Tetapi Tan Sri ‘Terpaksa’ Ambil Sebab Ada ‘Special Request’

Luqman Hakim Sah Diuruskan Oleh Ejen Berpangkalan Di London, EL-EF Sport Bakal Terokai Peluang Untuk Penyerang Muda Malaysia