Persiapan skuad bawah 15 tahun negara (B-15) bagi menghadapi saingan Kelayakan Kejuaraan AFC B-16 2020 menentang Kemboja hari ini sedikit terjejas apabila sebahagian pemain terpaksa disisihkan akibat kurang sihat.

Menurut kenyataan daripada laman facebook Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), dua pemain didapati demam manakala tiga lagi pemain mengalami selesema. Mereka kini sedang melalui proses pemulihan dan mungkin tidak akan beraksi dalam perlawanan menentang Kemboja hari ini.

Demam & Selesema Landa Skuad B-15 Kebangsaan di VientianePersiapan skuad B-15 kebangsaan untuk Kelayakan Kejuaraan AFC…

Posted by Football Association of Malaysia (Official) on Wednesday, 18 September 2019

Bagaimanapun, mereka dijangka dapat diturunkan dalam dua lagi baki perlawanan yang seterusnya menentang Laos (20 September) dan pasukan gergasi Asia, Jepun (22 September).

Bagi memantau tahap kesihatan mereka, FAM turut menghantar seorang doktor ke Vientiane untuk mengiringi pasukan dan memastikan jurulatih ketua, P. Maniam mempunyai skuad yang sihat untuk menghadapi kempen kelayakan.

Imbas kembali prestasi skuad Malaysia B-15 ketika dalam kejohanan AFF B-15 bulan lepas.

Tandukan Nabil Qayyum Pastikan Malaysia Juara AFF B-15

Australia Tewas Mengejut Ditangan Anak Buah P. Maniam

AFF B-15: Malaysia Gah Benam Vietnam Untuk Mara Ke Perlawanan Akhir

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group