Peningkatan kes COVID-19 telah membimbangkan para peminat bola sepak tempatan apabila 4 lagi pemain daripada kelab Liga Premier, Kuching FA disahkan positif setelah melalui ujian calitan pertama.

Perkembangan tersebut didedahkan oleh Setiausaha Kuching FA, Iswandi Ali Hassan melalui laporan dalam Sinar Harian, menjadikan keseluruhan 5 pemain kelab itu dijangkiti wabak pandemik setakat ini.

Malah, beliau juga menjangkakan akan ada penambahan bilangan pemain yang positif apabila ujian saringan kedua bakal dilakukan pada minggu depan.

“Tiga pemain skuad senior dan seorang pemain skuad Piala Presiden yang mengikuti latihan bersama skuad utama Kuching FA disahkan positif Covid-19.

“Kami menjangkakan kemungkinan ada lagi penambahan kes kerana keputusan penuh hasil ujian masih belum lagi kami peroleh. Swap test kedua untuk semua pemain akan bermula pada 4 hingga 6 Ogos depan,” jelasnya.

106006702_599202454041716_4401891477634860040_o
FOTO: Kuching FA

Bertindak dari pengesahan jangkitan positif itu, Kuching FA mengumumkan bahawa semua aktiviti sesi latihan mereka dihentikan buat sementara waktu sehingga menerima maklum balas serta arahan dari pihak berkuasa.

Ini juga merupakan kes positif pertama yang dialami oleh pemain bola sepak dalam saingan Liga Malaysia dan isu ini memberi kesan negatif terhadap persekitaran bola sepak domestik yang akan bermula tidak lama lagi.

Cadangan penempatan Kuching FA di semenanjung Malaysia.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mohd Sadek Mustaffa mencadangkan agar 3 pasukan dari kepulauan Borneo seperti Sabah, Sarawak dan Kuching FA ditempatkan di semenanjung Malaysia bagi mengelakkan jangkitan COVID-19.

“Lembah Klang adalah lokasi yang terbaik bagi menempatkan pasukan Sabah, Sarawak United dan Kuching FA bagi memudahkan pemantauan prosedur operasi standard (SOP) seterusnya memastikan Liga-M berlangsung dengan lancar dalam aspek keselamatan dan kesihatan.

“Tiga pasukan ini boleh sahaja mengunakan penempatan universiti seperti di Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaya (UM) atau Universiti Teknolongi Mara (UiTM) yang mempunyai akses mudah ke padang latihan.

“Penempatan berpusat skuad Sabah, Sarawak United dan Kuching FA ini juga secara tidak langsung membantu mengurangkan kos operasi logistik pasukan Liga Super dan Liga Premier lain untuk terbang lain ke Kepulauan Borneo.

“Ini antara keputusan drastik yang perlu dibuat oleh MFL sebagai pentadbir Liga-M kemudiannya disokong oleh FAM sebagai badan induk yang menaungi ahli-ahli gabungan di seluruh negara apatah lagi baki saingan bakal menyingkap tirai kurang sebulan lagi,” katanya kepada Sinar Harian.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kamiĀ  sediakan untuk anda.

Kelab Singapura Ini Jual Beras Secara Online Melalui Lazada Dan Shopee, Saluran Pendapatan Untuk Operasi

Bekas Pemain JDT, Juan Martin Lucero Kini Sedang ‘Diintai’ Oleh Sebuah Kelab Dari Liga Malaysia

77% Pengadil Liga Vietnam Silap Buat Keputusan, VFF Cadang Kursus Pengadil Bersama Ahli Psikologi