Sebagai ketua jurulatih berpengalaman, Datuk K.Rajagopal sememangnya telah melihat ramai pemain terbaik khususnya pemain import dalam saingan Liga Malaysia.

Baru-baru ini, menerusi laman media sosial Twitter miliknya, bekas pengendali pasukan kebangsaan itu telah menyenaraikan lima pemain import terbaik yang menjadi pilihan.

Tiga pemain Australia yang beraksi pada tahun 90an iaitu Abbas Saad, Alan Davidson dan Scott Ollerenshaw menjadi pilihan coach Raja.

Abbas menyinar bersama Singapura dan Johor 1990 hingga 1994. Alan Davidson pula mencipta nama bersama pasukan Pahang dari tahun 1992 hingga 1996. Seorang lagi pemain, Scott Ollerenshaw beraksi bersama Sabah dan Negeri Sembilan dari tahun 1994 hingga 1998.

Lima

Sumber Gambar: JST

Dua lagi pemain import pilihan Datuk K.Rajagopal ialah bekas penyerang Kedah, Marlon Alex James dan penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) ketika ini, Diogo Luis Santo.

James menjadi watak penting ketika pasukan Kedah memenangi Double Treble pada musim 2007 dan 2008 di bawah kendalian Azraai Khor Abdullah. Selain itu, Marlon juga pernah beraksi bersama pasukan ATM.

Diogo pula beraksi bersama JDT sejak saingan musim lalu dan beliau menampilkan aksi cemerlang di Liga Super dengan menjaringkan 12 gol sekaligus membantu skuad Harimau Selatan memenangi kejuaraan Liga Super keenam berturut-turut.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Senarai Pemain Tempatan Termahal Dalam Saingan Liga Super 2020

Lapan Pemain Import Termahal Dalam Saingan Liga Super 2020

Kontroversi Felda United Mahu Beli Saham Kelab Glasgow Rangers Yang Tidak Ramai Tahu Mengenainya

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group