Lima pasukan yang beraksi dalam saingan Thai League 1 musim ini mengambil keputusan untuk tidak memotong gaji pemain meskipun aksi liga telah ditangguhkan sejak sebulan lalu.

Lima pasukan yang dimaksudkan ialah Muangthong United, Samut Prakan City FC, Sukhothai FC serta dua pasukan yang diwakili oleh pemain Malaysia iaitu BG Pathum United dan Police Tero FC.

Lima
Sumber Gambar: Police Tero FC

Meskipun pasukan lain menggesa agar kaedah pemotongan gaji dijalankan bagi meringankan beban kelab, namun kelima-lima pasukan di atas mengambil langkah sebaliknya.

Meskipun kehilangan punca pendapatan daripada kutipan tiket serta penajaan kerana tiada perlawanan, namun mereka mahu membayar penuh gaji pemain dan juga pegawai pasukan.

Lima
Sumber Gambar: Police Tero

Setelah empat minggu perlawanan berlangsung, saingan Thai League 1 terpaksa ditunda kerana masalah penularan wabak Coronavirus (COVID-19).

Mengikut perancangan Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT), saingan liga akan kembali bersambung pada 2 Mei hadapan.

Baca artikel lain mengenai saingan Thai League 1 di sini:

Nilai Pasaran Semasa Pemain Malaysia Di Saingan Thai League

3 Bulan Dalam Saingan Thai League 1, Bekas Pengurus Kashima Antlers Ceritakan Perbezaan Dengan J.League

8 Buah Kelab Thai League Miliki ‘In-House Production’ Jersi, ‘Freedom’ Hasilkan Produk Mengikut Demografik