Ketua jurulatih yang berasal dari Brazil, Fabio Magrao memutuskan untuk meninggalkan skuad kebangsaan Timor Leste selepas lima bulan tidak menerima sebarang gaji dari persatuan bola sepak negara itu.

Perkara ini dikongsikan oleh Asean Football di laman media sosial Twitter dimana selain Fabio, pembantunya iaitu Silas Paixao juga mengambil langkah sama sekaligus menyebabkan skuad kebangsaan Timor Leste tidak mempunyai barisan kejurulatihan yang lengkap menjelang aksi play-off saingan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 menentang Brunei.

Fabio sudah terlibat dengan bola sepak Timor Leste sejak 2015 dimana selain memegang jawatan sebagai ketua jurulatih skuad senior, beliau pernah dilantik sebagai pengarah teknikal selain ketua jurulatih bagi skuad B-23 tahun.

Pencapaian paling cemerlang ialah ketika pengendali berusia 44 tahun itu membawa Timor Leste B-23 tahun menduduki tempat ketiga dalam saingan Piala AFF B-23 yang berlangsung di Kemboja pada awal tahun ini dimana pasukan itu diberikan kemenangan percuma selepas Laos tidak dapat beraksi kerana kekurangan pemain.

Selepas meninggalkan Timor Leste, Fabio Magrao dikhabarkan menerima beberapa tawaran dari kelab yang beraksi dalam saingan Liga Super Malaysia, Liga Vietnam dan juga Liga Thailand memandangkan jurulatih itu mempunyai pengalaman luas mengenai liga di rantau Asia Tenggara.

Piala AFF Mitsubishi Electric 2022: Mano Pölking Anggap Vietnam Pesaing Terkuat

Sebelum ini, Fabio pernah membantu skuad ibu kota iaitu Kuala Lumpur City memenangi saingan Liga Premier pada musim 2017 dimana ketika itu beliau menggantikan Wanderley Junior sekaligus mempunyai pengalaman dalam saingan bola sepak Malaysia.

Dalam sejarah saingan Piala AFF, Timor Leste hanya beraksi dalam tiga edisi iaitu pada 2004, 2018 dan yang terbaru pada edisi 2020 yang berlangsung di Singapura pada awal tahun ini.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Asia di sini:

AFC Tubuhkan “Task Force” Kaji Saingan Baharu Ganti AFC Champions League

Media Antarabangsa Cadangkan Liga Malaysia Gunakan Khidmat VAR