Bekas Pegarah Teknikal di Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Lim Teong Kim menegaskan prestasi cemerlang yang ditampilkan oleh skuad B-18 tahun negara menjadi bukti bahawa Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) bukanlah satu program gagal seperti yang dicanang oleh ramai pihak sebelum ini.

Menurut Teong Kim, program NFDP berada di landasan yang tepat dimana mereka melahirkan pemain yang rata-rata beraksi bersama skuab B-18 tahun negara kendalian Brad Maloney.

Lim Teong Kim
Lim Teong Kim

“Bukan seorang, tetapi terbaharu 12 pemain. Jadi sebenarnya ia bukan lagi program yang gagal seperti yang disebut sebelum ini, sebaliknya ada isu lain iaitu tidak sukakan saya.

“Tetapi saya tidak kisah kerana program ini sudah terbukti hasilnya apabila ramai pemain-pemain AMD dipanggil dalam Skuad Bawah 18 Tahun, sudah tentu kalau sebelum ini kita layak ke Piala Dunia Bawah 17 ia sangat bagus.

“Tetapi perlu ingat bahawa misi dan visi program ini adalah untuk melahirkan ramai pemain yang berjaya menempatkan diri dalam skuad kebangsaan dan antarabangsa, dan kalau program ini gagal, kenapa ramai pemain AMD berada dalam senarai mereka?

Luqman Hakim
Luqman Hakim Shamsudin. Salah seorang graduan AMD.

“Mereka yang selalu mengkritik program ini adalah mereka yang buta tentang pembangunan bola sepak. Mereka ingat kalau tanam durian, esok boleh terus berbuah ke? Mereka tidak memahami tentang mengajar jurulatih dengan cara yang betul di peringkat remaja,” katanya menurut laporan mStar.

Lim Teong Kim turut menggesa agar DNA sedia ada diteruskan kerana sudah banyak pencapaian yang diraih terutamanya ketika beraksi di peringkat antarabangsa.

“DNA sudah ada dan ikut sahaja program ini. Tak perlu nak adakan DNA program pembangunan lain seperti F:30. Apa yang saya lihat setakat ia tidak banyak perbezaan dengan program yang telah sedia ada. Hanya kerana ego semua perkara yang beri hasil baik nak diubah,” katanya.

Baca artikel lain mengenai Lim Teong Kim yang telah kami sediakan di sini:

Lim Teong Kim Berangkat Pulang Ke Munich Selepas Tamat Kontrak Bersama NFDP.

MSN Bakal Umum Pengganti Lim Teong Kim Pada Bulan November

Saad Ichalelene Ganti Lim Teong Kim?