Sulaiman

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Hari ini pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) mendedahkan gaji bekas pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP), Lim Teong Kim adalah terlalu tinggi.

Dalam satu temu bual bersama Astro Arena, Tunku Ismail menjawap persoalan mengenai Teong Kim sekiranya bekas ketua jurulatih skuad B-16 tahun negara itu terlibat dengan pembangunan bola sepak Malaysia.

TMJ mendedahkan Teong Kim pernah meminta gaji sebanyak €70 Ribu hingga €80 Ribu atau sekitar RM330-380 ribu sebulan dan membawa dua hingga tiga pembantu sewaktu memohon untuk bekerja dibawah kendaliannya.

“Untuk sistem pembangunan boleh.. tapi nak beri gaji berapa? Masa dia nak kerja dengan saya, dia minta 70-80 ribu euro (RM330K-RM380K) sebulan dan nak bawa 2,3 orang pembantu. Takkan saya nak bayar sampai begitu. Saya punya pemain dan ketua jurulatih pun tak sebanyak itu.

“Tetapi kalau betul dia nak buat pembangunan, saya dengan bola sepak Malaysia, suruhlah dia buat dengan gaji RM20K-RM30K sebulan,” kata TMJ.

Bagaimanapun, pendedahan TMJ itu pantas dinafikan oleh Lim Teong Kim sendiri melalui komen di laman instagram milik wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

“Maaf Tunku, apa yang kamu kata tidak benar. Anda mempersoalkan kredibiliti dan kemampuan saya sebagai jurulatih. Saya cabar anda beri saya satu pasukan untuk melatih,” tulis Lim Teong Kim.

Namun begitu, TMJ sempat membidas kenyataan Lim Teong Kim yang membuat penafian mengenai permintaan gaji tinggi.

“Jangan nak temberang, pasukan kewangan kami tahu berapa banyak yang kamu minta.

“Bila saya tanya kenapa mahal sangat, awak jawab jikalau saya mampu beli Lamborghini takkan gaji tu saya tak mampu. Itu yang awak cakap. Jadi tolong, jangan nak putar belit,” tegas TMJ.

Sejak kebelakangan ini, Lim Teong Kim menjadi perhatian peminat bola sepak tanah air memberikan pandangan mengenai situasi semasa bola sepak negara setelah Malaysia mengalami kegagalan dalam saingan Piala AFF Suzuki 2020 yang berakhir awal tahun ini.

Bekas ketua jurulatih skuad B-19 tahun Bayern Munich itu menyalahkan FAM dan pengelola Liga Malaysia, Malaysian Football League (MFL) di atas kegagalan pasukan negara memberi cabaran dalam kumpulan B sekaligus tidak layak ke peringkat separuh akhir.

Baca artikel lain mengenai perkembangan skuad Harimau Malaya melalui pautan dibawah.

‘Nama Besar’ Antara Individu Berminat Jadi Pembantu Kim Pan-gon

FAM Dapat RM10 Juta Daripada Kerajaan Untuk Pembangunan Bola Sepak

Scott O’Donell Mahu FAM Lantik Jurulatih Import Untuk Skuad Harimau Malaya

Shukor Adan Antara 6 Individu Yang Dipilih Sertai Pasukan Bedah Siasat Laporan Prestasi Harimau Malaya

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group