Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Bekas Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD) Lim Teong Kim berpendapat langkah Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) menghantar skuad Projek FAM-MSN beraksi dalam saingan Liga Perdana musim ini tidak boleh disifatkan sebagai pembangunan.

Menurut Teong Kim, pencapaian yang diraih oleh skuad Harimau Muda pada 2008 hingga 2012 tidak boleh dijadikan sebagai benchmark kerana skuad tersebut beraksi di Liga Perdana ketika penggunaan pemain import tidak dibenarkan dalam saingan liga domestik.

Lim Teong Kim

KUALA LUMPUR 23/09/2018. Malaysia Under 16 coach, Lim Teong Kim during AFC U16 Championship at National Bukit Jalil Stadium.
MALAYMAIL/Azneal Ishak.

“Mana boleh nak samakan dengan skuad Harimau Muda, dulu mereka main Liga Perdana tanpa ada pemain import tetapi skuad Projek FAM-MSN sekarang kena bersaing dengan pemain import dan juga pemain senior yang jauh lebih kuat, lebih berusia dan lebih pantas daripada mereka.

“Dulu juga skuad Harimau Muda adalah skuad yang menghimpunkan pemain muda terbaik dalam negara manakala skuad Projek FAM-MSN juga terbaik namun masih belum bersedia. Jadi nak bercakap itu biarlah ada fakta dan jangan selindungkan fakta.

“Pembangunan bermaksud kemanusiaan, kita asah pemain muda untuk lebih berkeyakinan, mampu berfikir untuk selesaikan masalah di dalam padang serta menghormati orang lain,” kata Lim Teong Kim menurut laporan Harian Metro.

Penglibatan skuad Projek FAM-MASN mula menimbulkan persoalan setelah pasukan yang dibimbing oleh Yusri Che Lah itu gagal memenangi sebarang kemenangan dalam enam perlawanan Liga Perdana yang dihadapi, yang mana baru-baru ini mereka tewas kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) II dengan keputusan 5-0.

Meskipun mendapat kritikan, namun FAM tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menarik balik penyertaan skuad muda itu dari Liga Perdana.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Luqman Hakim: “Saya Minat Merantau, Suka Pergi Tempat Orang. Ambil Masa 5 Bulan Untuk Menyesuaikan Diri.”

Skuad Projek FAM-MSN Terus Beraksi Di Liga Perdana

Atasi Perak 2-1, Penang FC Melonjak Ke Tangga Keempat

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group