Bekas Pengarah Teknikal Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Lim Teong Kim menggesa agar Luqman Hakim tidak dijadikan sebagai alat untuk mencapai kepentingan peribadi.

Menurut laporan NST, Teong Kim berkata ada pihak yang cuba mengambil kesempatan ke atas Luqman dan beliau berasa kasihan atas apa yang dilalui oleh bekas anak didiknya itu.

“Saya berasa kasihan terhadap beliau dan ada pihak yang cuba mengambil kesempatan bagi tujuan peribadi.

Lim Teong Kim
Lim Teong Kim

“Beliau hanya mahu beraksi di Eropah. Tetapi Luqman perlu faham bahawa sukar untuk pemain Malaysia beraksi di Eropah.

“Ada undang-undang yang boleh menjejaskan perpindahan Luqman ke KV Kortrijk. Kancah bola sepak Eropah risau ada unsur pemerdagangan manusia.

“Mereka perlu berhenti mengambil kesempatan ke atas Luqman kerana ia memberi kesan terutamanya dari segi mental dan fizikal.

“Jika anda ikhlas mahu membantu Luqman, beritahu beliau perkara sebenar kerana bukan senang untuk beraksi di sana.

Lim Teong Kim
Aksi Luqman ketika saingan AFC B-16 Tahun
Sumber Gambar: IB

“Jangan ganggu Luqman dan jangan ambil kesempatan terhadap beliau,” kata Lim Teong Kim.

Teka-teki mengenai sama ada Luqman akan berhijrah ke Eropah masih lagi menjadi tanda tanya dimana tiada sebarang pengumuman rasmi dibuat oleh Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mahupun KV Kortrijk.

Baca artikel lain mengenai Luqman Hakim di sini:

Gandingan Luqman Hakim Dan Jaami Qureshi Barisi Jentera Serangan Skuad B-19 Tahun Negara

K.V. Kortrijk Tawarkan Kontrak Rasmi Kepada Luqman Hakim

“Walau Macam Mana Pun Keadaan Disana Saya Kena Hadaplah, Ini Impian Saya, Ini Yang Saya Nak”- Luqman Hakim