Ketua jurulatih pasukan Perak, Datuk Lim Teong Kim bertekak dengan segelintir penyokong yang hadir ke stadium selepas pasukan itu tewas kepada Sri Pahang dengan keputusan 3-0.

Dalam satu video perkongsian Angah Raja Lawak di TikTok, ada segelintir penyokong yang tidak berpuas hati selepas tewas dan mereka meluahkan kemarahan terhadap Teong Kim selepas perlawanan.

@azrul_rajalawak

Ermm susah nk ckp @CakapSukan_Official apa kes?? #foryou #tiktokmalaysia #koyak #perakfc #limteongkim #footballmalaysia

♬ original sound – azrul_rajalawak – azrul_rajalawak

“Kamu boleh cakap saja tapi siapa pemain kita yang bijak untuk ambil peluang? Saya tanya kamu siapa bijak ambil peluang. Kalau kamu tahu baik kamu jadi jurulatih la,” tegas Lim Teong Kim terhadap penyokong tersebut.

Perak mengalami kekalahan kali kedua di tangan Sri Pahang setakat ini dimana mereka tewas kepada lawan sama ketika perlawanan pusingan pertama saingan Piala FA minggu lalu.

Sri Pahang nyata tampil lebih dominan ke atas Perak dimana tiga gol hasil jaringan Kpah Sherman dan Stefano Brundo pada separuh masa pertama serta Zuhair Aizat pada separuh masa kedua sudah cukup untuk memberikan tiga mata kepada skuad bimbingan Fandi Ahmad itu.

Perak sekali lagi terpaksa menghabiskan permainan dengan 10 pemain selepas Nasrol Amri dilayangkan kad merah oleh pengadil pada minit ke-39 apabila beliau mengasari Sergio Aguero.

Perak kini menghuni tangga keenam manakala Sri Pahang melonjak ke tangga keempat selepas kemenangan semalam.