Mungkin tidak ramai yang tahu bahawa hari ini merupakan hari terakhir perkhidmatan Lim Teong Kim bersama NFDP selepas kontraknya tidak diperbaharui lagi.

Difahamkan Lim Teong Kim akan berangkat pulang ke Munich hari ini untuk bersama keluarganya sebelum memutuskan berkenaan dengan masa depannya disana.

Dalam satu kenyataan kepada media sebelum ini, Lim Teong Kim menjelaskan bahawa program NFDP sebenarnya berapa dilandasan yang betul walaupun hanya 5 tahun bersama program tersebut.

AFC U16 Championship 2018
KUALA LUMPUR 23/09/2018. Malaysia Under 16 coach, Lim Teong Kim during AFC U16 Championship at National Bukit Jalil Stadium.
MALAYMAIL/Azneal Ishak.

Kumpulan pertama pemain dari program itu dikatakan sudah mula mendapat tempat dalam pasukan-pasukan dalam saingan Liga Malaysia terutamanya di sekitar Lembah Klang, disamping ada juga yang bakal berkelana ke luar negara.

Beberapa pemain juga telah menghadiri siri latihan bersama pasukan dalam saingan J.League baru-baru ini namun sehingga kini masih tiada sebarang perkembangan mengenai status mereka.

Terima kasih diucapkan kepada Lim Teong Kim atas jasa membimbing pemain remaja dan selamat maju jaya.

Baca juga artikel lain mengenai bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda.

KV Kortrijk, Kelab Divisyen Utama Liga Belgium Sambar Luqman Hakim Dengan Kontrak 5 Tahun

Luqman Hakim Sebaris Dengan Pemain FC Barcelona, Ansu Fati Dalam Senarai 60 Pemain Muda Paling Berbakat Dunia

FAM Harap Lebih Ramai Pemain Muda Ikut Jejak Langkah Luqman Beraksi Di Eropah