Lille musim ini sangat cemerlang. Dan mereka 1 mata di atas PSG dalam saingan kejuaraan Ligue 1. Kali terakhir Lille juara Ligue 1 adalah sedekad yang lalu pada musim 2010/11 ketika itu Eden Hazard menjadi bintang utama mereka.

Namun berita mengejutkan apabila pengurus mereka, Christophe Galtier dilaporkan menerima tawaran daripada OGC Nice dan beliau tertarik dengan tawaran tersebut,

Koresponden tepercaya Fabrizio Romano melaporkan bahawa rundingan di antara Galtier dengan Nice sedang berjalan.

Agak mengejutkan kerana, pengurus Lille tersebut mahu menyertai Nice. Apakah sebabnya?

Sudah tentunya tawaran gaji yang lebih baik sentiasa menjadi antara sebabnya. Namun ada satu lagi sebab kenapa Galtier dilaporkan mahu angkat kaki.

Galtier dikatakan tidak senang dengan pengurusan teratas Lille yang dilihat sudah memulakan langkah membuka rundingan dengan kelab lain yang mahu mendapatkan bintang bintang mereka.

Bukan seorang dua, namun Galtier menjangkakan pengurusan tertinggi akan menjual seberapa banyak bintang yang boleh jika ada tawaran tinggi diterima.

Ini bukan perkara yang digemari Galtier kerana beliau seolah olah tidak ada kuasa dalam menentukan pemain yang akan beraksi dalam pasukannya.

Mike Maignan antara nama yang sudah pasti akan dijual. Dengan beberapa kelab lain sudah mengintai pemain tersebut termasuk AC Milan.

Selain itu Sven Botman, Renato Sanches, Bamba, Nanitamo Ikoni, Yusuf Yazici dan Soumare juga dilihat disenaraikan dalam bursa pasaran.

Sebelum ini Lille sudah berunding dengan beberapa kelab yang mahukan Sven Botman.

Ramai peminat Lille agak kecewa dengan berita pengurus mereka berbincang dengan kelab lain terutama sekali kelab dalam Perancis. Namun situasi semasa nampaknya tidak begitu memihak kepada Lille, kecuali pengurusan tertinggi memberikan jaminan bahawa Galtier akan diberikan kuasa dalam perpindahan pemain.

Lille sebelum ini pernah mengalami masalah serupa ketika melepaskan ramai pemain selepas juara Ligue 1. Dan perkara sama berlaku kepada Monaco beberapa musim lalu. Ianya jelas perkembangan tidak bagus untuk pasukan.

Baca juga artikel

UCL: City Hampiri Final Pertama, Pochettino Geleng Kepala Kesilapan Amatur Pemainnya

RASMI: Bayern Lantik Anak Jati Bavaria, Julian Nagelsmann Gantik Flick

Guardiola Tak Lena Memikirkan Neymar Dan Mbappe