Mungkin ramai yang teruja melihat perkembangan terkini proses menariktaraf Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak terutamanya penyokong pasukan Terengganu selain peminat bola sepak tempatan yang lainnya.

Namun, tidak ramai yang sudi memandang potensi besar yang dimiliki oleh Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS) jika pihak yang berkenaan mahu menjadikan venue ini sebagai ‘home‘ pasukan Terengganu jika diberikan ‘nafas baru’.

Dengan kapasiti yang paling ideal berdasarkan bilangan penyokong yang hadir, SSINS mampu muncul sebagai sebuah venue hebat dengan beberapa penambahbaikan yang mungkin gagal dikesan oleh pihak atasan dahulu sehingga sekarang.

Seorang arkitek yang dikenali dengan nama Mohd Dez, anak jati Terengganu berjiwa bola sepak, telah mengerah keringat mencipta satu visual ‘Redevelopment of SSINS‘ yang mungkin tidak ramai ‘nampak’ mengenainya.

EaH6LfoUwAAGSAF

Cuba lihat gambar SSINS diatas yang kini telah dicat tempat duduknya dengan warna hitam dan putih, tetapi dari segi struktur dan yang lainnya boleh dikatakan sama sahaja.

Idea Mohd Dez untuk ‘Redevelopment of SSINS‘ ini adalah seperti dalam visual dibawah dimana melibatkan proses meruntuhkan tempat duduk konkrit dibelakang gol yang akan digantikan dengan struktur besi bagi ‘seating area’ yang baru.

Idea seating area ini dikatakan sama seperti yang dilakukan oleh stadium Temerloh seperti gambar dibawah.

Struktur baru ini akan membolehkan penonton berada lebih dekat dengan kawasan padang untuk mencipta suasan lebih padu selain lebihan kawasan (bewarna kuning) boleh digunakan untuk pelbagai

EaH9hI2VcAExw4l

Untuk makluman juga, ini bukanlah kali pertama Mohd Dez cuba untuk memberikan ‘nyawa’ kepada SSINS tetapi sudah banyak idea yang dicipta namun seolah-olah dipandang sepi oleh pihak berkenaan.

VOCKETFC telah menghubungi Mohd Dez untuk mendapatkan beberapa lagi cetusan idea untuk membangunkan SSINS yang boleh dikatakan ‘lesu’ itu.

Potensi besar yang dimiliki oleh kawasan ditengah-tengah bandar juga perlu digunakan sepenuhnya untuk memeriahkan lagi aktiviti bukan sahaja ketika ada perlawanan bola sepak, tetapi juga dari perspektif komersil yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan Gong Badak.

Mohon pihak yang berkenaan untuk ‘berhenti’ seketika dan melihat perkara ini bersama-sama terutama dalam membawa sukan bolasepak khususnya ke tahap yang lebih tinggi.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

Lihat Keadaan Padang Stadium Mitr Phol Yang ‘Menggiurkan’ Ini, Siap Siaga ‘Menyambut’ Pembeli Barangan Rasmi Kelab

Luqman Hakim Terima ‘Lampu Hijau’ Dari KV Kortrijk, Perlu Dapatkan Kebenaran Terbang Segera

Project100: Kisah Menarik Bagaimana Filipina ‘Bangkit’ Dari FIFA Ranking 195 Sehingga Debut Piala Asia 2019

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group