Bola sepak Kemboja dilihat sedang bergerak ke fasa perubahan sejak kehadiran lagenda Jepun, Keisuke Honda sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan negara itu.

Kebanyakan kelab dalam saingan Liga Kemboja kini mempunyai struktur yang teratur dan salah satu pasukan yang mencuri perhatian ialah Siem Reap United, salah satu kelab yang baru ditubuhkan tahun lepas dan sedang dalam persediaan untuk menyertai liga bola sepak Kemboja.

Baru-baru ini, Siem Reap berkongsi rekaan 3D Official Fanshop mereka yang sedang dalam fasa pembinaan melalui laman media sosial rasmi pasukan.

Official Fanshop ini terletak di hadapan stadium utama pasukan, SRU Stadium yang siap dibina pada awal tahun ini. Stadium tersebut boleh memuatkan seramai 5000 penyokong pada satu masa dan dianggap sebagai antara stadium terbaik di Siem Reap.

Untuk makluman, Siem Reap United juga mengikat kontrak selama lima tahun dengan salah satu pengeluar jersi terkenal Malaysia iaitu Kaki Jersi.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Kemboja di sini:

Juara Liga Kemboja Menang 2-1 Keatas Felda United Dalam Perlawanan Pra-Musim

BG Pathum United Buru Khidmat Bekas Pemain Pahang, Chan Vathanaka

Kaki Jersi Sah Tandatangan Penajaan Jersi Kelab Bola Sepak Milik Honda Keisuke Selama 1 Musim