Sebelum ini kami ada menerbitkan sebuah artikel mengenai fasiliti sebuah kelab divisyen 5 liga bola sepak Jepun yang mungkin tidak mampu diberikan saingan oleh majoriti pasukan Liga Super di Malaysia.

Dalam artikel ini pula, kami akan memberikan fokus yang lebih kepada bilik VIP yang disediakan di stadium ‘mini’ mereka atau dikenali dengan nama Iwaki FC Park.

Mungkin ramai tidak tahu bahawa Iwaki FC Park ini mempunyai pelbagai kemudahan lain seperti klinik, ruang seminar, restoran & cafe dan lain-lain lagi. Sila baca artikel Fasiliti Kelab Divisyen 5 Jepun Ini Jauh Lebih Profesional Berbanding Majoriti Pasukan Liga Super Malaysia.

Bilik VIP Iwaki FC Park Yang Simple Tetapi Bergaya

Di Iwaki FC Park, mereka telah menyediakan 2 jenis bilik VIP iaitu bilik Hamadori dan juga bilik Gas One, dimana nama bilik-bilik ini adalah bersempena dengan nama penaja-penaja  atau rakan rasmi kelab Iwaki FC.

82514709_1008524052838513_302410880694353920_o

Pemain-pemain Iwaki FC sedang menjalani latihan di padang berlatar belakangkan club house & bilik VIP

Bilik VIP Hamadori Kotsu mampu memuatkan seramai 7 orang jika mengikut bilangan kerusi yang disediakan namun dari segi ruang yang ada, ia mampu memuatkan sekitar 20 orang pada satu-satu masa.

Terdapat ruang istirehat berhawa dingin disediakan selain ruangan outdoor dengan view terbaik untuk menyaksikan perlawanan bola sepak.

Screenshot 2020-01-24 at 3.55.00 PM

Bilik Hamadori Kotsu

Bagi bilik VIP Gas One pula boleh memuatkan 12 orang mengikut bilangan kerusi dengan ruangan lain yang lebih besar berbanding bilik VIP Hamadori Kotsu.

Disebabkan Iwaki FC merupakan sebuah kelab yang kecil, mereka memaksimakan penggunaan ruang yang dimiliki dan bilik VIP ini juga turut dibuka untuk sewaan bagi sebarang mesyuarat, seminar dan sebagainya.

Screenshot 2020-01-24 at 3.55.18 PM

Bilik VIP GAS ONE

2 (1)

Kawasan outdoor yang memiliki view padang stadium mini Iwaki FC.

Walaupun memiliki fasiliti dalam kawasan yang cukup terhad, mereka telah berjaya untuk menyediakan kemudahan kepada pengunjung untuk datang menikmati perlawanan dengan selesa.

Dengan memiliki fasiliti sebegini rupa, ia secara tidak langsung menaikkan lagi nilai komersil mereka dimata pelabur yang berpotensi.

Prestasi diatas padang mereka juga tidak kurang hebatnya apabila dalam tempoh 8 tahun sejak penubuhan kelab ini, mereka telah berjaya mengorak langkah naik 6 divisyen dan kini berada dalam divisyen 4 liga bola sepak Jepun.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Fasiliti Kelab Divisyen 5 Jepun Ini Jauh Lebih Profesional Berbanding Majoriti Pasukan Liga Super Malaysia

Lihat 2 Slot Pengiklanan Di Stadium Kelab Divisyen 4 Jepun Yang Mungkin Kita Terlepas Pandang.

‘Naming Rights’ Stadium Baharu Kelab Divisyen 2 Jepun Ini Bernilai RM76.52 Juta

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group